5.10.10

Telefon RM 120.00 Sahaja.

Apabila IPhone4 dilancarkan, ramai yang mengatakan ingin mendapatkan telefon bimbit yang canggih ini.Bblackberry pula dinantikan dengan perisian operasi Android sebagai telefon bimbit canggih yang lengkap. Penciptaan yang baru sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua peminat telefon bimbit dengan pelbagai rekabentuk yang dinamik daripada Nokia, Samsung, Sony, Ericson dan sebagainya.

Namun saya bukanlah peminat teknologi telefon ini. Cukup sekadar dapat berbual dan juga menghanatar SMS. Saya tidak mengharapkan sebuah telefon yang sarat dengan pelbagai kemudahan kerana saya bukanlah Mat Gadget seperti sesetengah orang. Golongan ini selalu menghambat teknologi yang sebenarnya penggunaannya bukanlah kerap sangat. Saya hanya menggunakan telefon I-Mobile yang berharga RM 120.00 bukannya RM 1200.00. Cukuplah mengikut keperluan hidup saya yang sederhana ini.

Harganya cuma RM120.00 sahaja.

 Sejarah penggunaan telefon bimbit saya bermula dengan Siemens C25. 

Siemens C25 yang pernah membuatkan saya berasa hebat

Seterusnya saya beralih kepada lagenda Nokia 3310. 

Telefon paling lasak.

Setelah puas menggunakan pelbagai jenama seperti Sony dan Samsung, akhirnya saya ingin mencuba telefon bimbit buatan Siam. Setakat ini saya tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi. Ternyata, teknologi ringkas dari I-Mobile ini banyak membantu saya menyelesaikan urusan seharian.

Tiada ulasan: