7.11.10

10 Sebab Mengapa Saya Menulis Blog



Kali ini kita ringan-ringankan otak sikit. Kita santai sambil mencari jawapan kepada persoalan "Kenapa awak tulis blog?". Jawapannya mungkin begini :

1. Sebab pen saya hilang dan saya tak boleh nak tulis atas kertas.


2. Sebab saya ikut orang.Saya tengok kawan-kawan saya tulis blog, jadi saya pun tulislah jugak.


3.Sebab saya nak popular. Saya tengok ramai  orang yang tulis blog boleh jadi popular. Saya pun nak jadi popular macam mereka jugalah.


4.Saya nak jana pendapatan melalui blog sebab saya tengok ada orang dapat beribu-ribu ringgit  sebulan dengan hanya menulis blog.


5.Sebab blog tempat saya meluahkan perasaan saya. Apabila saya marah atau bencikan sesuatu atau seseorang saya tulis kat blog. Lepas tu saya lega.


6.Sebab saya nak cari awek atau balak cun yang ada blog. Saya tengok ramai awek atau balak yang cun ada blog.


7. Sebab saya rasa bosan duduk saja di rumah. Bila tulis blog terisi masa lapang saya. Gejala sosial pun tak berlaku kan?


8. Sebab saya suka menulis. Kalau saya tulis dalam buku saya seorang saja yang baca. Kalau saya tulis blog orang lain pun boleh baca sekali.


9. Sebab bila ada blog menjadikan saya lebih hebat. Nanti boleh cakap kat kawan-kawan"ada masa jemputlah baca blog saya.. www..bla..bla.. dot com"…


10. Sebab saya sendiri pun tak tahu sebab apa saya tulis blog.


Yang mana satu jawapan anda? Saya? Rahsia.







1 ulasan:

NoorGie berkata...

tepuk dada tnyalah selera...pasang niat yang baik...bagi saya...untuk mengisi masa lapang...tambah kenalan...tambah pengetahuan