5.11.10

Apabila Upin dan Ipin Menjadi Agen Yahudi


Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Ada saja agenda Yahudi. Ada saja agenda Freemason. Orang kita terlalu cepat sangat membuat tanggapan walaupun mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka cakapkan atau tuliskan. Isu agenda Yahudi dan Freemason ini bukanlah satu isu baru. Ia telah berkumandang dari awal 80-an lagi. Apabila berkembangnya teknologi internet, maka segala maklumat tentang mereka dapat dikongsi oleh semua umat. Namun begitu, saya sendiri tidak berani membuat kenyataan atau menulis tentang mereka kerana saya tidak mempunyai maklumat yang tepat. Tepat di sini bermaksud kenyataan yang disandarkan kepada bukti-bukti saintifik, dokumen-dokumen dan penyelidikan yang sistematik. Bukan hanya setakat mendengar cakap-cakap orang ataupun sekadar menceduk daripada laman-laman web atau blog-blog yang bersepah di dunia internet ini. 

 
Sebagai contoh, sekarang ini isu yang agak hangat di laman sosial Facebook ialah Upin dan Ipin sebagai agenda Yahudi. Di sini saya ambil sedikit petikan dari sebuah blog yang memaparkan isu tersebut. Diharapkan kita akan berfikir secara mendalam tentang isu yang diungkitkan ini. Buatlah sedikit penyelidikan ringkas sebelum menerimanya bulat-bulat. Saya bukanlah menyokong Yahudi ataupun agen Yahudi. Saya hanya ingin mengajak semua orang untuk berfikir secara waras dan berdasarkan fakta. Bukannya emosi semata-mata. 
 


*SEBELUM TU SAYA MOHON MAAF JIKA INI BERLAKU KEPADA PEMINAT SIRI INI DAN JANGAN CEPAT MELATAH..ISU INI BELUM LAGI DIKETENGAHKAN LAGI  TAPI INSYALLAH SEMUA INI ADALAH QADA DAN QADAR ALLAH YANG MENENTUKAN DANBUKAN KEBETULAN ATAU TAK DISENGAJAKAN...***

***AKU DAPAT PON SECARA TAK SENGAJA DARI WEB KONSPIRASI YAHUDI***

Sebutlah Uffin bukan Upin, Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul."

Sebutlah Ariffin bukan Ipin, Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel ."

Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "

Terbuktilah bahawa Upin & Ipin juga merupakan agenda tersembunyi Yahudi dalam melemahkan akidah umat Islam. Mereka menggunakan Upin & Ipin sebagai jarum halus terbaru setelah mereka gagal dalam misi Pokemon, Doraemon,Digimon dan Mamula Moon.


ANDA MENILAIKAN ADAKAH BETUL ATAU TIDAK..

***JADI KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BONGKAR LAGI SILAKAN,KITA KONGSI KAN BERSAMA***


Entahlah...fikir-fikirkanlah.

7 ulasan:

NoorGie berkata...

entah ekk..saya pon cam terkedu seketika..tapi bukan ke yang produce upin ipin tu malaysian...saya suka tgk kartun tu..banyak pengajaran yang ada dalam siri tu...bagus la for kids kan

hazwani yusof berkata...

wow ! selama ni saya tengok cerita ni. tak sangka yahudi sangat kejam dalam menghancurkan Islam

si gadis lala berkata...

cikgu : cuba link ke sini--> http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/11/apasal-pula-bye-di-bawah-naungan-pope.html

p/s : mcm yg cikgu ckp, kalau baca x semestinya kena pecaya.

Muzaffar berkata...

NoorGie : Entahlah...susah nak percaya kan..?

Hazwani : Yahudi memang itulah agenda utamanya.

Lala : terima kasih untuk perkongsian.

kuina berkata...

yg baik ambil
yg buruk ketepikan...

Tanpa Nama berkata...

betul tu Kuina...yg baik tu ambil yang buruk tu diketepikan...
Kekadang api kecil ni kalo disimpan kesatu-satu hati manusia bleh jadi besar jugalah...
Anyways...sesuatu itu perkara itu bukanlah disengajakan...namun dunia ini luas...adat pun pelbagai...sama juga dengan bahasa...jika pemikiran kita kolot dan sempit pasti kita juga yg susah...
Ambil contoh bahasa malaysia dangan indonesia pasti ada perkataan yang sama namun berlainan maksud...
Apa2 pun ku akan baca blog ko...(^.^)
Gambate Kudasai

Kama Irahsa berkata...

ah.. jgn nk merepek.. xkn la satu perkataan melayu dlm bahasa lain pjg benor maksudnya??

kalau la betul pun. itu cuma bahasa. jgn peningkn kepala dgn istilah.

ni saya bandingkn bahasa melayu dan indonesia.

dlm b. melayu 'langgar' bbeza maksud dgn 'langgar' dlm b. indonesia. 'langgar' b. indonesia bermaksud 'surau'.

sama juga dengan perkataan 'butuh'. ade beza kn?

jgn peningkn kepala dgn istilah.. itu cuma mslh bahasa. tp, sy still cenderung utk percaya yg dakwaan upin dan ipin membawa maksud yg teruk dlm bahasa lain adalah mengarut semata2.. ada bukti?