2.11.10

Jitra Dilanda Banjir Lagi dan Aku Terkepung

Banjir datang lagi. Jitra hilang dalam air banjir. Walaupun rumah saya terselamat daripada amukan banjir kali ini, namun saya terkepung.Laluan masuk ke rumah saya dinaiki air hingga mencecah pinggang. Keadaan banjir tahun ini dikatakan lebih teruk daripada banjir tahun 2004 dulu. Terkurung di rumah membuatkan saya bertambah gelisah apabila memikirkan isteri saya yang akan bersalin dalam masa terdekat ini. Nampak gayanya kalau banjir masih tidak surut, dia akan bersalin di Hospital Jitra yang jaraknya tidaklah jauh dari rumah saya lebih kurang 4 km sahaja. Mengikut perancangan asalnya, kami akan ke Kedah Medical Centre pada Khamis ini namun disebabkan banjir, perancangan itu terpaksa difikirkan semula. Saya terpaksalah memikirkan jalan lain. Untuk ke KMC, kebanyakan jalan telah ditutup. Inilah masalahnya. Dalam keadaan berjaga-jaga ini, tubuh saya pula buat hal. Demam jadinya saya. Waktu macam nilah nak demam...

Laluan ke rumah saya yang tenggelam

Kelam-kabut di Pekan Jitra

Sungai berhampiran Masjid Batu 13, Jitra

3 ulasan:

Abdul Qaiyum berkata...

Sintok juga begitu..air yang dulunya tenang dilihat ditasik kini mengamuk..

Muzaffar berkata...

Air yang tenang kadang-kadang boleh bertukar sifat....sama macam manusia.

kuina berkata...

dugaan....