5.11.10

Mencari P.Ramlee



Malam tadi saya berkesempatan menonton rancangan bual bicara di TV3 berkaitan Tan Sri P.Ramlee.
Bersama 3 orang jemputan iaitu pengarah filem Shuhaimi Baba, pengkritik filem dan aktivis teater A. Wahab Hamzah dan "pengarah terbaik" Shamsul Yusuf, moderatornya cuba untuk membawa penonton untuk menilai P.Ramlee sebagai karyawan seni negara. Tidak dapat tidak, kita mesti mengakui bahawa sehingga ke hari ini tiada seorang insan seni di negara kita yang dapat menandingi mahupun menyamai pencapaian P. Ramlee. Pencapaian beliau tidak seharusnya diukur melalui jumlah anugerah yang diterimanya tetapi harus mengambil kira kejayaan beliau menyatukan rakyat Malaysia melalui karya-karya agungnya. Sehingga hari ini, mungkin Mamat Khalid yang berjaya menyebarluaskan pemikiran filemnya sehingga ke masyarakat bawahan. 


 Karya P.Ramlee sebenarnya adalah pancaran pemikiran masyuarakat Melayu lewat tahun 60an selepas kemerdekaan. Siapa yang dapat melupakan dialog Singh kepada Sudin dalam filem Seniman Bujang Lapuk.? Itu adalah teguran sinisnya kepada masyarakat Melayu yang ketika itu sudah hampir melupakan adab sopan.Kehilangan beliau dirasakan namun karya-karyanya masih segar dan akan terus relevan walaupun 50 tahun lagi. Mungkinkah akan muncul insan seni sepertinya lagi?

1 ulasan:

Abdul Qaiyum berkata...

..Nama saja orang melayu tapi adab pun taktau panggil orang whoi whoi.. saya ni apa? batu ka kayu ka?

Tabik tuan singh...

Saya bukan tuan, saya jaga...