16.11.10

Perempuan Lebih Ego Berbanding Lelaki?



Perempuan juga bersikap ego apabila menyedari dirinya sempurna terutamanya dari segi kecantikkan dan taraf pendidikkan. Golongan perempuan mempunyai keegoan yang lebih tinggi berbanding lelaki dan agak rendah perempuan yang mampu "mengawal" ego mereka, dengan kata lain, tidak ego.

Lebih-lebih lagi, sejak kepentingan wanita 'dibela' dengan kata lain memperjuangkan hak-hak wanita. Hal ini secara tidak langsung "membakar" semangat para wanita untuk berjaya dan mempunyai masa depan yang cerah kerana ingin dirinya dihargai dan dihormati. Memang benar dan tidak salah, hak-hak wanita perlu diperjuangkan untuk melindungi para wanita. Dan kesannya juga positif, wanita kebanyakkan mampu berjaya setanding dengan kaum lelaki tanpa merasa diri mereka(wanita) akan dipinggirkan jika mereka berkemampuan dalam sesuatu bidang.

Namun begitu, ada kesan negatif yang agak ketara walaupun tidak salah dari segi undang-undang namun kesannya boleh menjejaskan cara hidup manusia yang sedia kala. Antaranya, perempuan yang berjaya merasa dirinya boleh hidup tanpa suami. Jelas sekali, keegoan yang tinggi dimiliki oleh perempuan tersebut.


Memang kita tidak boleh menghalang perempuan berbuat begitu kerana mereka mempunyai hak untuk hidup dengan caranya sendiri. Andai kata majoriti perempuan berfikiran begitu, apa kesannya? Sudah tentu peratusan perempuan enggan berkahwin semakin meningkat seterusnya menyebabkan golongan lelaki tidak mampu untuk memperisterikan golongan seperti mereka. Hal ini kerana, ego perempuan itu sendiri iaitu merasakan dirinya sangat "mahal" untuk diperisterikan.


Namun begitu, mengapa perempuan tidak bersikap terbuka dan kurang menerima apabila "lelaki ingin berpoligami" menjadi isu? Adakah berpoligami itu salah? Semestinya tidak, kerana Islam telah membenarkan lelaki berpoligami maksimum empat orang isteri. Sudah tentu ada sebabnya Islam membenarkannya kerana Allah Maha Mengetahui dan Dia tahu akan sifat mahkluk ciptaan-Nya. Lelaki memiliki cuma satu nafsu iaitu keinginan untuk melakukan seks dan adalah Halal apabila lelaki memperisterikan seorang perempuan mengikut syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila lelaki mempunyai cukup syarat untuk beristeri dua, tiga atau empat, maka bukan menjadi kesalahan seorang lelaki untuk berbuat demikian. Namun, ramai kaum perempuan tidak setuju untuk menerima hakikat.

Kesimpulannya, saya berpendapat perempuan lebih bersikap ego dan keegoan perempuan itu tidak seharusnya melebihi keegoan lelaki. Jangan marahkan saya...

2 ulasan:

wintergurl berkata...

setuju .... totally ...

Loyar Lawa berkata...

hahahahah last sekali punya ayat

jangan marahkan saya (lawak la)