12.11.10

Soalan-Soalan Wajib Semasa Reunion

Insyaallah pada 25 Disember 2010 nanti, kawan-kawan satu sekolah di SM Sultan Ismail, Kemaman, akan bersua muka setelah hampir 20 tahun tidak bersua. Antara soalan-soalan yang wajib ditanya dalam pertemuan "jejak kasih" ini antaranya :

1- Dah kawin ke belum
(Kalau yang dah tu mesti tanya bapa anak? kalau yg belum tu mesti tanya bila nak kahwin wei???)

2- Kerja apa?
(Yang ni  aku tak suka...kalau yang kerja hebat tu seronokle nak menjawab tapi kalau yang kerja kuli macam aku ni...nak jawab pun tunduk je.Yang paling tak tahan kalau cakap kita kerja kat tempat hebat-hebat mesti tanya kita balik ada kerja kosong tak? Yang ini paling bengong sebab orang nak reunion bukan nak cari kerja.)

3- Pakai kereta apa sekarang
 (Kalau dulu-dulu pergi sekolah semua jalan kaki, naik bas tapi bila dah kerja semua tanya pakai kereta apa? Suka aku nak pakai kereta apa... kalau aku dah minat dengan Kancil 660 suka akulah kalau aku tak beli Honda Accord.)

4-Tinggal mana sekarang
(Kalau jawab tinggal kat Mak Chili ka, Bukit Kuang ka depa pandang sepi aja tapi  kalau bagitau tinggal kat banglo Damansara sana..barulah depa buka mata)

Jangan marah noo...Ini semua sekadar nak mengusik kawan-kawan. Ikut suka hangpa la nak tanya apa. Aku lebih suka kalau dalam reunion tu, kita pakat duk sembang cerita-cerita lama, cerita pasal cikgu-cikgu kita. Ada yang bengong tahap cipan tu tanya gaji ngko berapa sekarang? Ada yang lagi bengong melantun-lantun bila guna reunion ni nak buat aktiviti MLM. Hangpa kena hati-hatilah bila ada kawan-kawan yang dulu tak berapa nak ngam tapi tiba-tiba bila time reunion ni, ayat baik ja. Tentu ada udang di sebalik mee maggie. Apapun aku mendoakan semoga pertemuan semula ini akan mendatangkan hasil yang baik pada hangpa semua. Aku? Tak taulah sebab aku tak berapa minat reunion ni. Nak sembang mai datang rumah bawak satu famili makan tengahari aku masak. Boleh gitu? Hehehe....jangan marah nooo.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1 soalan lg cikgu lupa nak tulis. ne bini no berape?