1.1.11

Ada Apa Dengan Sambutan Tahun Baru ?

Malam tadi seluruh manusia di atas muka bumi ini seolah-olah sedang merayakan satu hari keramat dalam kalendar sejarah dunia. Seluruh dunia termasuk di Malaysia seolah-olah berlaku satu kegilaan terhadap tarikh baru yang menunjukkan perubahan tahun 2010 kepada 2011. Setiap masyarakat dunia mempunyai ritual tersendiri dalam meraikan tahun baru Masihi ini.

Orang Romawi kuno menyambut tahun baru dengan saling memberikan hadiah iaitu potongan dahan pohon suci untuk merayakan pergantian tahun. Kini, mereka saling memberikan kacang atau 'syiling' lapis emas dengan gambar Janus.

Di Brazil, pada tengah malam setiap tanggal 1 Januari, sebahagian masyarakat Brazil menaburkan bunga di laut, menanam tanaman atau buah-buahan seperti mangga, betik, tembikai dan lain-lainnya didalam pasir pantai sebagai tanda penghormatan terhadap sang Dewa Lemanja, dewa laut yang terkenal dalam lagenda negara tersebut.

Manakala menurut kepercayaan beberapa masyarakat Jerman pula, jika mereka memakan sisa hidangan pesta perayaan 'New Years Eve' pada tanggal 1 Januari, mereka percaya tidak akan kekurangan makanan selama setahun penuh.


"Usaha yang perlu disokong. "




Di Malaysia, sebuah negara Islam yang terletak di Asia Tenggara, tahun baru disambut dengan masyarakatnya berkumpul di padang-padang atau tempat terbuka untuk menunggu detik jam 12.00 tengah malam.  Ibu bapa lazimnya akan membenarkan anak-anak gadis mereka dibawa keluar oleh lelaki sebagai tanda penerimaan mereka kepada pemodenan yang disimbolkan kepada  sambutan tahun baru Masihi. Anak-anak muda Melayu  ini yang biasanya bermotosikal  akan meraikan Tahun Baru dengan aktiviti yang berfaedah. Mereka biasanya akan mengadakan hubungan jenis . Usaha mereka ini perlu diraikan sebagai satu usaha untuk menambah bilangan ANAK HARAM di Malaysia. 









Jadi kesimpulannya, diperhatikan bahawa beberapa masyarakat di sudut dunia ini merayakan tahun baru atas kepercayaan dan adat kebudayaan masing-masing. Maka sebagai umat Islam di Malaysia, di manakah kewajarannya meraikan tahun baru apabila tiba tanggal 1 Januari tersebut? Tak payah fikirlah...

Tiada ulasan: