26.12.10

Azam Tahun Baru Kononnya



Tahun 2010 sudah semakin hampir ke perhentiannya. Insyaallah 2011 akan muncul. Makanya, menjadi satu perkara yang agak klise apabila sampai di penghujung tahun, semua orang memasang azam. Saya pun nak berazam jugaklah. Di sini saya senaraikan azam-azam saya untuk tahun 2011.

1. Ingin menjadi ustaz. Boleh jual minyak wangi dan ubat kuat tenaga zahir dan batin.

2. Ingin bertanding sebagai ADUN di kawasan saya sekarang. Dengar cerita jadi orang politik  rezeki murah. 

3. Ingin membuka sebuah stesen televisyen sendiri. Jadi saya tak rasa nak termuntah hijau tengok drama-drama sampah kat TV kita.

4. Nak masuk MLM. Mana tau lepas ni saya boleh jadi jutawan. Boleh bergambar tepi kereta besar-besar.

Cukup dah kot...Insyaallah saya akan bekerja keras untuk memastikan azam saya akan tercapai. Klise sungguh bunyinya.

Tiada ulasan: