1.1.11

Ada Apa Dengan Beg Plastik ?

Dengan masuknya tahun 2011, bermakna semakin tua bumi kita. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk menyelamatkan bumi yang dikatakan semakin tua ini. Salah satu daripadanya adalah mengurangkan penggunaan beg plastik. Sekarang ini banyak syarikat peruncitan besar di negara kita mengadakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik".  

Sekitar 100 bilion tan beg plastik mencemari lautan seluruh dunia dan mengorbankan kehidupan laut seperti penyu, ikan paus dan burung-burung dan dianggarkan juga 1 juta burung-burung cedera dan terkorban setiap tahun akibat termakan dan terjerat beg plastik serta banyak penyu mati akibat beg plastik yang terapung hanyut di permukaan laut ini disebabkan ia menyerupai makanan asasi penyu iaitu 'ubur-ubur'. Beg plastik yang terbuang tidak akan hancur dalam masa yang singkat malah memakan masa yang lama iaitu lebih kurang 1,000 tahun untuk hancur. Bayangkan betapa lama masa yang diambil untuk hancur.

Sisa plastik hanya akan reput di dalam jangka masa yang panjang dan apabila reput boleh mengeluarkan bahan toksik dan berbahaya serta mampu menyebabkan pencemaran tanah, sungai dan sumber air di bawah permukaan tanah. 


Kita mungkin boleh mempelbagaikan penggunaan beg plastik terpakai yang sedia ada berlonggok di dapur rumah kita. Saya sendiri selalu menggunakan beg plastik terpakai tersebut sebagai ganti kepada plastik sampah hitam. Sekurang-kurangnya saya dapat menyelamatkan poket daripada mengelurakan belanja untuk membeli beg sampah hitam. Sedikit usaha daripada kita mungkin boleh menyelamatkan bumi.  

Salah satu kegunaan beg plastik - bikini...!
 
Klik sini untuk mengetahui 61 kegunaan beg plastik.

2 ulasan:

wintergurl berkata...

Happy New year Cikgu

Loyar Lawa berkata...

cooollll liowww