11.1.11

Ada Apa Dengan Pariah ?

Catatan kali ini mungkin sesuatu yang amat sensitif. Namun, perasaan ingin tahu tentang  konsep paria membuak-buka setelah hati saya dipanaskan dengan pembakaran novel Interlok karya SN Abdullah Hussein. Apa yang dimarahkan oleh golongan buta sejarah ini adalah isi novel tersebut yang berkaitan dengan kasta dalam masyarakat India. Dikatakan novel tersebut menghina kaum India. Ternyata ahli politik dalca, T. Murugiah sekali lagi telah berjaya menonjolkan dirinya sebagai  " Sivaji The Boss" di kalangan masyarakat India di tanah air kita. Perlu diingatkan bahawa catatan ini tidak bermaksud untuk menyentuh mana-mana pihak. Semua yang dicatatkan adalah sedikit perkongsian yang saya dapat daripada laman Kedah Times. 
 
 
 
Paria adalah adalah satu kelas dalam sistem kasta yang diamalkan di India, dan tidak pernah  sama sekali diamalkan di Malaysia, malah tidak pernah ada rancangan untuk melaksanakannya di sini. 

Kasta Pariah adalah kasta paling hina dan ianya adalah sesuatu yang biasa di India. Di India, kasta paling rendah ini dianggap Untouchable- Tidak boleh disentuh, bukan kerana hebatnya, tetapi kerana hinanya Kasta paria ini

Perkataan Paria itu sendiri adalah berasal dari bahasa Tamil, iaitu Parai, dan bukan berasal dari bahasa Melayu.

Pariah juga banyak digunakan dalam bahasa-bahasa di India dan Inggeris bagi mengambarkan orang atau kelompok yang dipinggirkan.

Pendek kata, Pariah berasal dari bahasa Tanah India (Tamil) dan diamalkan di Tanah India dan Budaya Bangsa India. Menyebut Pariah bukanlah sesuatu yang asing dan pelik disana.

Di Tanah Melayu ini, tidak pernah sekalipun sistem kasta yang meletak golongan Paria dibawah daripada kelas haiwan sebagaimana di India, diamalkan. Malah di Tanah Melayu ini, perkataan Pariah disebut dengan penuh berhati-hati.
 

Tiada ulasan: