30.1.11

Ada Apa Dengan Syiah dan Sunnah ?

Isu syiah di negara kita sudah lama diperkatakan namun isu ini kembali hangat apabila pada hujung tahun 2010, seramai 200 orang pengikut aliran tersebut telah ditahan di Gombak, Selangor. Saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang dapat saya kutip daripada pembacaan saya tentang syiah di negara kita.

Kumpulan syiah yang diamalkan di negara kita ini iaitu Syiah Imamiah dikatakan sebagai kumpulan syiah yang terbesar di dunia. Kumpulan ini turut dikenali sebagai Syiah 12. Ini disebabkan mereka yakin terdapat 12 imam yang maksum dalam kepercayaan mereka. Kumpulan ini begitu menguasai Teheran selepas berlakunya Revolusi Iran pada akhir tahun 70-an.



Menurut Ustaz Yusoff bin Abas, seorang pegawai pendakwah YADIM, perbezaan yang paling ketara antara Syiah dan Sunnah ialah dari segi penerimaan sahabat Rasulullah. Kumpulan Syiah mengkafirkan para sahabat termasuk 3 khalifah sedangkan ahli Sunnah menyanjung tinggi mereka. 

Selain itu, kumpulan Syiah turut percaya bahawa al-Quran sekarang tidak lengkap. Menurut kitab Al-Kafi jilid 2, al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah adalah sebanyak 17,000 ayat. Ini sangat berbeza kerana kita sedia maklum bahawa al-Quran diturunkan sebanyak 6666 ayat.

Mereka juga sangat mengagung-agungkan Saidina Ali serta menolak hadis Bukhari dan Muslim. Dari segi ibadat terdapat perbezaan antara golongan Syiah dengan Sunnah. Golongan Syiah meletakkan batu Karbala sewaktu sujud dalam solat.

Menurut Dr. Uthman El-Muhammady, tidak mustahil pertumpahan darah akan berlaku di Malaysia sekiranya Syiah tidak dibendung. "Jangan biarkan Ayatullah wujud di bumi Malaysia, sebab kalau wujud Ayatullah, masalah besar akan menimpa kita."kata beliau. Untuk bacaan lanjut sila dapatkan majalah Al-Islam edisi Februari 2011.

Sumber : Mohd Ikhwan Ab. Ghani, Al-Islam Februari 2011.

pautan untuk maklumat tentang syiah :




Tiada ulasan: