4.1.11

Artis Malaysia Sudah Setaraf Dengan Artis Hollywood?



"Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis Malaysia yang hadir, tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu menilai semula supaya tidak berulang pada anugerah akan datang,"

Petikan di atas merujuk kepada kata-kata oleh Pak Menteri kita, Datuk Seri Rais Yatim. Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai ulasan beliau terhadap kehebatan artis betina wanita Malaysia berpakaian. Rasanya artis kita tidak kalah dengan artis Barat. Mereka tidak boleh lagi malu untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan artis Barat. Mereka telah membuktikan kejayaan mereka setanding dengan artis barat. Ini sesuatu yang perlu kita banggakan. Industri hiburan telah membuktikan kemampuan setanding dengan artis barat. Kehebatan bonjol dan lekuk serta lurah mereka kalau diperhatikan memang setanding dengan artis Barat. Tidak apa yang perlu dimalukan. Malahan ada yang lebih hebat dari artis barat cuma ketiak saja yang hitam sikit. Tak mengapa. Itu perkara biasa.

Saya berpendapat mereka perlu diberi galakan dan sokongan supaya industri hiburan kita tidak dipandang rendah oleh karyawan barat. Malulah artis kita andai diberi peluang ke anugerah anjuran karyawan barat tetapi tidak menonjolkan "kelebihan" mereka. Nanti dikatakan artis Malaysia kolot. Nama negara kita juga yang busuk. Pak Menteri sepatutnya memberi galakan dan dorongan. Artis Malaysia sekarang sudah maju. Jangan disekat kemajuan itu. Jangan sesekali menyekat kehendak mereka. Nanti kreativiti mereka akan tandus. Nanti mereka tidak boleh berkarya. Jangan.....

Kita lihat betapa hebatnya artis kita. Jangan lakukan aksi seperti mereka di rumah..


Hebat dia kan...




Pandanglah lihatlah dadaku yang bidang...


Dari belakang pun I nampak seksi tau...


Terjojol tak...?


Adik-adik jangan ikut tau...bukan salah saya tapi salah pereka fesyen...

1 ulasan:

Loyar Lawa berkata...

auwwwww~ hahaha