19.1.11

Itu Buah Dada Kamu kan?

Akhbar Kosmo semalam melalui muka depannya memaparkan isu buah dada/payudara/tetek/kopek. Isunya salahkah membesarkan payudara? Maka, berhujahlah cerdik pandai yang dijemput bersama 2 orang artis hebat Malaysia yang sudah tentu berbuah dada. Segala macam hujah dan fakta dikemukakan. 

Dalam gelak ketawa dan kenakalan jurukamera, rancangan bual bicara itu segera menimbulkan keributan di kalangan ahli masyarakat. Nescaya hari ini akan dibuat laporan susulan dengan meminta ulasan dan pandangan dari ahli-ahli payudara.  

Apa yang nak dibincangkan lagi? Perkara memang dah jelas salah. Memang dah jelas haram. Ikut sukalah. Payudara tu kamu punya bukan kami punya. Buatlah besar mana pun. Suntikanlah apapun. Tempeklah apa pun. Payudara itu hak kamu. Tiba-tiba saya teringat cerita tentang pertandingan buah dada terbesar....hahahhaa...


Gambar hiasan semata-mata.....


TERKINI : Jawapan TV3 tentang isu buah dada. Jawab jangan tak jawab....
Sila klik sini :

Tiada ulasan: