13.1.11

Mari Kita Menjual Agama

Dalam masyarakat Melayu Islam di tanah air kit a, orang-orang yang pandai agama mendapat tempat yang tinggi dan sangat dipercayai. Mereka akan mendapat layanan yang baik walaupun mereka bukanlah orang yang berharta. Menyedari keadaan tersebut ,terdapat golongan yang pandai memanipulasi situasi ini untuk kepentingan ekonomi mereka.
 
 
 Sekarang ini satu kecenderungan untuk melariskan jualan dengan jalan agama juga. Produk dilariskan dengan didakwa sudah dibacakan sekian banyak surah al-quran.  Air biasa satu liter dijual sehingga lima ringgit dengan alasan sudah dibacakan sekian banyak ayat al-Quran oleh para pelajar tahfiz.  Minyak wangi biasa juga dikatakan ada khasiat luar biasa yang konon sudah dibacakan sekian banyak wahyu Allah.  Semuanya hanya dakwaan dan tidak pernah diuji secara saintifik dan klinikal.  Ayat paling mudah oleh penjualnya yang berwatak orang alim agama ialah ‘semua datang daripada Allah’. Ya memang!

Selepas ini apa?  Tunggu sahaja sejenis beras, ikan kering, susu tepung bayi dan beberapa yang boleh dijadikan barang dagangan baru atas nama sudah dibacakan doa khusus dan sekian juzuk ayat al-Quran.  Tunggu pula baju T, jubah atau selimut yang sudah diasapkan dengan seribu bacaan ayat-ayat terpilih dan si pemakai dijanjikan bahawa Tuhan akan lebih memberi kebaikan dengan menggunakan produk tersebut.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orng buat bisnes memang cam tu...x dinafikan sekarang orng bisnes ni suka gunakan agama tuk teknik tuk cepat kaya...bukan sahaja agama islam agama yg lain juga ada juga membuatnya...namun kita harus ingat bahawa Allah yg akan menentukan semua itu...bawa banyak2lah berdoa daripada membeli Air Penawar Pondok ni...terpulang kepda individu sahaja...