15.2.11

Ada Apa Dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah ?

Dah tonton filem terbaru Mamat Khalid? Hantu Kak Limah Balik Rumah bukanlah cerita komedi ala-alat sarjana filem UiTM. Di sebalik tawa kelucuan tatkala menonton filem arahannya, hakikatnya Mamat banyak menyelitkan falsafah tersirat yang kadangkala sukar difahami terutamanya  penonton yang malas berfikir. 



Walaupun banyak cerita yang dipersembahkan dalam filem arahannya nampak seperti merapu, namun Mamat Khalid sering membuktikan filem-filem beliau bersalut dengan falsafah dan nilai yang bukan ringan nilainya. Antara yang terkesan di hati saya ialah ulangan dialog " ce cerita ce cerita". Mamat seolah-olah menyindir segelintir ahli masyarakat kita yang suka bercerita dengan menokok tambah skrip. Mungkin blogger agaknya yang ingin disindir oleh pengarah Mamat Khalid. Mungkin ada sedikit sinis apabila beliau menegur pemimpin yang tidak dapat menyelesaikan masalah. Katanya, baik diberi peluang kepada orang muda. 


Filem bukannya posmen untuk menghantar mesej. Bukan khatib untuk berkhutbah. Filem perlu dibaca bukan hanya ditonton. Subteks demi subteks perlu dirungkaikan. Itu pun bergantung pada tujuan filem itu ditonton. Jika mahu berhibur ringan, carilah filem-filem hasil sarjana. Mungkin filem Adman Salleh, U-Wei dan Mamat Khalid tidak sesuai untuk diringan-ringankan. Yasmin Ahmad? Mungkin tidak...!

2 ulasan:

ima berkata...

setujuuu! ^_^

Loyar Lawa berkata...

tak paham paragraph akhir... huhuhu.. biasalaahhh lembap sikit