21.2.11

Apabila Bob Lokman Masuk Pas



Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman beberapa hari yang lalu telah membuat banyak pihak terbeliak biji mata. Beliau bukan setakat menghadiri majlis perhimpunan Pemuda PAS sahaja tetapi turut mengisytiharkan dirinya menyertai parti PAS.

Borang keahliannya diterima oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.Bob bukanlah artis pertama yang menyertai parti PAS.Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy dan Ito daripada kumpulan Blues Gang menyertainya

Apapun, selamat berjuang kepada Bob Lokman. Semoga beliau akan menjumpai apa yang dicarinya.

Tiada ulasan: