5.2.11

Liverpool Si Ayam Yang Berjalan Keseorangan

Kali ini kita bercerita tentang bola sepak. Saya bukanlah peminat tegar EPL tetapi tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan pasukan kesukaan saya, Chelsea andai ada perlawanan yang melibatkan pasukan ini. saya bukanlah jahil sangat tentang bolasepak. Jangan tak tahu, semasa di persekolahan dulu saya pernah terpilih untuk mewakili pasukan rumah sukan. Bukankah itu pencapaian yang hebat untuk manusia yang bukan kaki sukan macam saya. Wakil rumah sukan tu...



Fernando Torres di Chelsea? Berita gembira buat peminat Chelsea seperti saya dan berita malang buat peminat seperti adik saya. Persoalan yang perlu difikirkan ialah adakah Torres mampu mengakhiri badi pemain Liverpool yang berhijrah ke kelab lain? Michael Owen misalnya yang merudum selepas meninggalkan Anfield. Adakah RM 245 juta setimpal dengan Torres? Adakah Chelsea membeli Torres kerana inginkan publisiti dan menarik ramai peminat Torres untuk menyokong Chelsea?


Dengan corak permainan menyerang yang cantik serta taktikal Ancelotti yang berkesan, Chelsea akan bertambah berbisa dengan kehadiran Torres. Apapun kita tunggulah esok, perlawanan pertama Torres dalam jersi Chelsea menentang bekas kelabnya si ayam jantan. Saya berpendapat Liverpool akan berjalan keseorangan...! Hahaha...

Gambar kasi besar....hehehe.

Tiada ulasan: