18.2.11

Sekolah Berprestasi Tinggi di Kedah

Sekolah tempat saya mengajar sekarang sekali lagi mencatat sejarah. Semalam telah diumumkan bahawa SK Sultan Ahmad Tajuddin telah terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Pengumuman itu telah memberi erti yang pelbagai kepada saya. Perasaannya bercampur baur antara seronok dan takut. Mungkin takut bukan perkataan yang sesuai. Ini kerana pengiktirafan tertinggi ini bukan sekadar untuk diraikan. Ia datang bersama tanggungjawab. Mungkin selepas ini, pelbagai cabaran dan tanggungjawab perlu dipikul demi menterjemahkan prestasi tinggi ke dalam bentuk yang mampu dilihat dan dirasa oleh semua orang.

Wajah-wajah yang membentuk SK Sultan Ahmad Tajuddin







3 ulasan:

teratai berkata...

tahniah, kerana sekolah cikgu dianugerahkan SBT

Tan Sri Muzaffar berkata...

teratai : terima kasih...berat tu...

Shahirah Zainol berkata...

krs krs :D