17.3.11

Ada Apa Dengan Pluralisme Agama ?

Semenjak kebelakangan ini, banyak perbincangan diadakan berkaitan pluralisme agama. Apa sebenarnya pluralisme agama itu?



Pluralisme agama boleh kita fahamkan sebagai fahaman menganggap semua agama di dunia ini  sama dan setaraf. Dengan menyelewengkan tafsiran al-Quran, pendukung fahaman ini mendakwa semua agama tidak kira Islam, Kristian, Yahudi, Majusi, Buddha dan Hindu mengajak manusia menyembah Tuhan yang sama. Apa yang membezakan hanyalah kaedah penyembahannya sahaja.

Fahaman ini perlu ditentang kerana bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama yang diredhaiNya. Islam menghormati penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka. Ini dapat dilihat dalam perjanjian antara Rasulullah SAW dengan kaum bukan Islam semasa awal pembukaan Madinah. Namun ini sama sekali tidak bermakna  Islam mengiktiraf kebenaran agama lain.

Untuk meluaskan pemahaman tentang isu ini, sila klik pautan di bawah :



Tiada ulasan: