8.3.11

Cerita Seorang Muzaffar (2)

Keterbatasan waktu semenjak kebelakangan ini membuatkan saya tidak menulis apa-apa di blog ini. Bukan malas ataupun jemu. Sekarang kesibukan itu mula reda sedikit demi sedikit. Mungkin saya sendiri yang tidak cekap mengurus masa.

Selepas habis projek teater muzikal bersama anak-anak teater atMAS, saya kembali menghanyutkan diri dalam dunia kreatif. Kali ini bersama pelajar Ko-Kurikulum Pengucapan Umum, Universiti Utara Malaysia. Malam Pengucapan Puisi Lingkaran Hidup - itulah nama projek seterusnya. Projek ini sebenarnya merupakan tugasan Kegiatan Luar Kuliah untuk pelajar-pelajar di bawah bimbingan saya. Nama pun projek pelajar, mesti ada masalah. Namun, saya sengaja mencetuskan masalah supaya mereka dapat belajar sesuatu. Mungkin mereka agak resah dengan kehendak saya, namun itulah latihan hidup namanya.

Inilah teater muzikal - projek bersama atMAS.
 
Keluarga pula seperti biasa. Menguruskan 3 Ultraman bukannya perkara mudah. Hanya raksaksa jua yang tahu betapa dasyhatnya pukulan mereka. Insyaallah, pada 13 Januari ini saya akan mengadakan sedikit kenduri. Bukan kenduri kahwin saya tetapi kenduri masuk jawi dan akikah anak-anak saya. Jadi, kepada kawan-kawan blogger, jemputlah ke rumah saya. Bukankah undangan tanpa kad lebih mesra sifatnya tapi ini undangan terbuka di dunia maya....hahaha.

Inilah tiga Ultraman yang dimaksudkan.
 
Selain itu, saya turut kelam-kabut menguruskan hal anak saya si Adi Aiman. Dia akan ke Turki pada pertengahan April nanti. Dia terpilih mewakili negara bersama kumpulan penari SK Sultan Ahmad Tajuddin. Itulah nasib saya. Anak dah sampai ke mana-mana...bapaknya jangankan kata ke Eropah, ke Thailand seberang jalan pun tak sampai lagi.Nasib... nasib. Semalam baru selesaikan urusan passport dan pemeriksaan kesihatan.

Kumpulan Tarian SK Sultan Ahmad Tajuddin - semasa persembahan di Songkhla, Thailand.
 
Begitulah hidup saya dua tiga minggu ini. Tidaklah sekencang orang lain. Saya bukanlah sibuk mana pun. Cuma menyibuukan diri di samping orang sibuk supaya saya nampak sibuk dengan kesibukan yang dibuat-buat.

3 ulasan:

Loyar Lawa berkata...

wahhhh anak cikgu hebat... anak cikgu ke yg penah masuk dalam tv tuh??? sb tv tuh kata akan ke turki.. tahun lepas kot dalam tv tuh.. ke biler... lupa la

Tan Sri Muzaffar berkata...

tahun ni dia baru nak pergi. tahun lepas tak sempat.

Shahirah Zainol berkata...

SKSAT TERHEBAT :]