20.3.11

Malam Pengucapan Puisi Lingkaran Hidup - Hajat Yang Tertunai

Seusai Malam Pengucapan Puisi Lingkaran Hidup malam semalam, saya memandu pulang dalam kepuasan. Puas kerana projek KLK anjuran pelajar-pelajar di bawah kendalian saya berjaya diadakan dengan jayanya. Apa yang saya hajatkan selama ini telah berjaya. 

Sebenarnya dari awal pertemuan saya dengan mereka, memang saya impikan satu pementasan puisi. Saya tahu mereka bukanlah berada di dalam liga puisi. Mereka hanyalah sekumpulan pelajar yang hanya menumpukan bidang masing-masing. Ada pelajar dalam jurusan undang-undang, pentadbiran awam, pelancongan dan sebagainya. Mereka bukanlah pelajar seni kreatif yang menjadikan pentas sebagai padang bermain. Pentas bagi mereka hanyalah sekadar sebagai pengacara majlis ataupun debat mahupun pidato. Mungkin pementasan puisi agak asing bagi mereka. 

Saya memberanikan diri memberi cabaran ini untuk mereka selesaikan. Ternyata kumpulan pelajar ini bukanlah calang-calang. Mereka mampu memberikan sesuatu yang di luar jangkaan saya. Bagaimanapun, persembahan di pentas bukanlah segala-galanya. Apa yang begitu penting bagi saya adalah proses bagaimana pementasan ini berjaya. Saya amat mengharapkan mereka belajar sesuatu. Pelajaran yang tidak mungkin mereka terima di mana-mana kuliah akademik. Mungkin gambar-gambar di bawah boleh menjelaskan sesuatu.

Persembahan Lagu "Tetamu Senja" yang begitu berkesan.


Nazam "Ibu Mengandung" mendayu-dayu.

Penghayatan Cik Loya Lawa

Cik Lala, Pengarah Projek -  tawa dalam risau

Eijal - Lenggok tubuh berencana

Cik Ima, Pengarah Kreatif - Penuh keseriusan

*Gambar-gambar kredit kepada Cik Pelangi.

5 ulasan:

ima althafunnisa' berkata...

ulasan yang baik..lihat versi saya pula..^_^

http;//pwincessima.blogspot.com/

notakaki: abaikan ayat2 dan gambar yang tidak penting..he2

aien berkata...

hehe.gambar yang tidak seberapa,apa2pun,terima kasih pada cikgu kerana bagi kepercayaan pada saya untuk jadi tukang tangkap gambar utama untuk program ni,boleh mantapkan skill.hehehe

MUZAFFAR berkata...

Ima : nampak serius tapi penuh kasih sayang...hehee.Tahniah.

Ain : foto-foto yang menarik datang dari hati bukan kamera. Tahniah.

ima althafunnisa' berkata...

owh..penuh kasih sayang...baekkk..!!(highlight kasi bakal mak mertua baca..ha2)

Tanpa Nama berkata...

merindui ko k pengucapan umum.. walaupun hnya sbg petugas pentas.. tukang angkat props je.. i miss the moments.. terima kasih ckgu utk semua ilmu yg cikgu curahkan..