24.3.11

Mengapa Saya Gagal dalam Peperiksaan atau Mengapa Saya Gagal Mendapat Pointer Tinggi?

Keputusan SPM telah pun diketahui. Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan. Kepada yang gagal mendapat keputusan terbaik, tidak mengapa. Cuba lagi. Berdasarkan kajian saya sendiri, ada banyak sebab sebenarnya kenapa kita tidak dapat mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Cuba kita tengok di bawah ini. Mungkin juga hasil kajian ini boleh digunapakai oleh pelajar-pelajar universiti untuk menjawab soalan kenapa pointer saya rendah? 


Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya dan sebagainya. Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kelas. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Tidur atau istirehat
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki tinggal 80.

Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Sosial
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan interaksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Peperiksaan
Peperiksaan itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untukpeperiksaan.
Baki tinggal 21 hari.

Kesegaran fikiran
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tengok wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau video gempak . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.
 
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana ada orang belajar pada hari jadi dia!



Tiada ulasan: