31.3.11

Saya Dah Dapat Video Itu

Saya mendapat video ini setelah bersusah payah menghubungi beberapa orang rakan di sekitar sini. Ada juga rakan-rakan di ibu kota yang saya hubungi tidak mempunyai salinan video ini. Setelah menerima video tersebut, dengan penuh keterujaan, saya memilih masa dan tempat yang sesuai untuk menontonnya. Dengan tangan terketar-ketar saya mula memasukkan video tersebut ke dalam pemainnya. Gambarnya terang elok. Sayang audionya tidak kedengaran. Sedikit hampa walaupun perasaan begitu bergelora. Apabila heroinnya keluar, saya mula gelisah. Memang cantik. Memang manis. Dengan dadanya yang bidang...bergegar iman saya. Kalaulah suaranya jelas, tentu saya lebih puas menontonnya. Sekali-sekala heronya keluar sambil berkata sesuatu dengan ghairah. Setelah lebih kurang 30 minit, audionya mula kedengaran. Wah....seronoknya. Kepuasan tahap maksima. 





Bergoyang kepala saya sambil melayan lagu Seiring dan Sejalan dendangan Broery dan Sharifah Aini. Itulah video cerita lama "Hapuslah Airmatamu" yang saya cari sejak dari dulu lagi. Ini cerita tahun 70-an. Ini bukan cerita si perut buncit. Di dalam cerita ini tiada jam Omega yang hilang ! 
Klik sini untuk cerita jam Omega.

Tiada ulasan: