4.3.11

Saya dan M. Nasir

M.Nasir adalah salah seorang penyanyi yang sangat saya minati. Minat saya bukan hanya kerana lagunya yang merdu tetapi liriknya yang bermutu tinggi dan meruntun perasaan. Album Phoenix Bangkit adalah album beliau yang saya rasakan terbaik pernah dihasilkan. Malah, bagi saya, Phoenix Bangkit adalah album Melayu terbaik yang pernah saya miliki.
 
Bayangkan dalam album ini, M.Nasir telah berbicara mengenai nasib  Masirah  di Palestine lalu bercerita mengenai Rumi dan Mawlawinya, bercerita tentang Wak Dogo,l bercerita tentang Ashabul-Kahfi dalam Sahabat Gua dan seperti biasa tak akan lupa menyelitkan lagu keroncong.  Saya dapat merasakan yang M Nasir banyak membawa pengaruh penyair Rumi dalam lagu-lagu beliau. Kebanyakan lagunya membawa  mesej cinta yang universal.
 
Album ini sarat dengan nasihat, sindiran, teguran dan pengamatan yang tajam. Saya rasa album ini cukup kuat jiwa Melayunya dan ini adalah cubaan berani M Nasir untuk menjejak susur galur dan kekuatan diri umat Melayu. 

 

Tiada ulasan: