30.3.11

Sekerat Belut Sekerat Ular ?

Sukarkah untuk bertutur bahasa Melayu dengan betul? Bertutur dalam Bahasa Melayu yang dicampuradukkan dengan bahasa Inggeris sudah menjadi lumrah. Walaupun ada perkataan dalam bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris tetap menjadi pilihan. 

Daripada pertuturan harian, termasuk dalam majlis rasmi sampai kepada program radio, televisyen, dan iklan, kita semakin terdedah kepada persekitaran bahasa rojak. Seolah-olah tidak sah bercakap tanpa diselitkan dengan bahasa Inggeris! Malah, sesetengahnya kelihatan ‘tergagap-gagap’ seperti berada dalam keadaan yang amat sukar untuk berbahasa Melayu seluruhnya jika tidak menyelitkan sepatah dua kata bahasa Inggeris. Hina sangatkah kalau berbahasa Melayu?




Mungkin inilah yang dikatakan sebagai "sekerat belut sekerat ular". Mungkin hati mereka tidak pernah terluka dan perasaan mereka tidak pernah tersentuh apabila melihat Bahasa Melayu dirosakkan dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahasa kebangsaan tidak harus berdiri tegak sebagai lambang semata-mata, tetapi harus benar-benar berfungsi sebagai lambang jati diri bangsa dan negara.

2 ulasan:

Abdul Qaiyum berkata...

setuju...
Kalau cakap 100% bahasa melayu, tak nampak sebagai orang yang berstatus dan punya tahap intelektual yang tinggi. kononnya.

Muzaffar berkata...

Cikgu setuju dengan Qaiyum. Kalau 100% dalam Bahasa Inggeris takpa la jugak...