11.4.11

Jom Belasah Cikgu..!

Diberitakan dalam akhbar dua tiga hari lepas berlaku kejadian guru ditumbuk oleh muridnya. Kejadian ini berlaku di negeri Perlis, sebuah negeri kecil tetapi banyak berlaku peristiwa luar biasa yang melibatkan sekolah dan gurunya. 

Saya rasa ini bukanlah cerita pelik sangat. Dulu hanya ibu bapa pelajar sahaja yang menumbuk guru tetapi sekarang giliran murid pula yang menumbuk guru. 

Mungkin ini gayanya muka guru yang kena belasah tu yaa...

Saya berfikiran bahawa mandat untuk memukul guru ini sudah diberi kepada anak pula. Jadi, guru-guru janganlah susah hati sangat. Pergilah masuk kelas mempertahankan diri. belajarlah silat ke, kungfu ke atau kalari payat ke. 

Selepas ini mungkin Kementerian Pelajaran harus mewajibkan guru mengikuti kursus mempertahankan diri. Barulah ada timbal balasnya. Ayuh guru, jom kita belajar silat. Selepas itu, kita belasah murid dan bapak murid sekali. Boleh ka?

Tiada ulasan: