16.5.11

Sebatang Pensel dan Air Mata di Hari Guru

Hari ini 16 Mei mungkin hari yang ditunggu-tunggu oleh semua guru dan murid-murid. Hari ini mungkin hari cikgu-cikgu membawa pulang bermacam-macam hadiah daripada anak murid masing-masing. Di sekolah saya sambutan Hari Guru seperti biasa.  Aturcara melibatkan penglibatan guru-guru bersama anak murid masing-masing menimbulkan riuh-rendah dalam suasana terkawal. Selesai di padang. mereka berhimpun di dewan memeriahkan acara persembahan. Masing-masing mencuba untuk menonjolkan bakat tersembunyi. Ada yang menari. Ada yang menyanyi. Semuanya bergembira.

Namun, dalam keriuhan itu, ada suara kecil yang begitu menghiris perasaan saya. Saya kisahkan begini. 

Selepas semua murid berhimpun di tapak perhimpunan untuk meraikan sambutan Hari Guru, saya naik ke kelas-kelas untuk meronda supaya tidak ada murid yang ketinggalan. Sampai di sebuah kelas yang terletak di hujung bangunan, saya perasan ada seorang murid masih lagi berada di dalam kelas. Dengan suara yang agak tinggi (seperti kebiasaan saya), saya mula menegur dan bertanyakan murid tersebut. Dialognya begini :

Saya        :        Kamu buat apa lagi? Kenapa tak pi ke tapak perhimpunan?

Murid      :        (tergagap-gagap dan mula takut)

Saya        :        Lekas. Semua orang dah pi. Cikgu nak kamu pi sekarang...!

Murid      :        Saya....saya nak balut hadiah cikgu.

Saya       :        Hadiah apa lagi ni?

Murid     :         (mengeluarkan sebatang pensel yang saya fikir telah digunakan

                        dan segelung kertas warna yang sudah renyuk sana-sini).                        

Saya      :           Aaaa.....(mula rasa bersalah)




Sepanjang 15 tahun saya menjadi guru, inilah suatu pengalaman Hari Guru yang begitu menyentuh hati saya. Jauh di sudut hati, saya menangis kerana terlalu cepat menghukum murid tersebut tanpa mengetahui letak duduk perkara sebenar. Saya bertambah terhiris apabila melihat hadiah yang ingin diberikan kepada gurunya. 

Memang kanak-kanak itu ikhlas hatinya. Walau pensel sebatang cuma namun ingatan ikhlas yang menjadikan pensel itu sangat mahal nilainya. Mahalnya pengalaman ini. Hari ini saya telah diajar oleh murid saya sendiri yang baru berusia 8 tahun.

4 ulasan:

zalis68 berkata...

terharuuuu cita mu tuu....

kak za lak terharu bila jumpa sorang budak nangis bwh tangga, bila tanya!...dia kata kena marah ngan cikgu sebab pi beli ayaq kat koperasi.....sebab dia tak tahan dahaga sgtttt2...smb teriak teresak2...sian2 gakkk.....aktiviti lama sgttt

NoorGie berkata...

saya teringat hadiah hari guru yang diberikan pelajar saya sebelas tahun lalu..dihari guru 2000...waktu tu saya cuma seorng guru paraktikum...hadiah yang diberi bersampul suratkhabar...dan merupakan sebiji mangkuk dari plastesin yang dibuat sendiri..sayangnya hadiah tu hilang sewaktu saya berpindah randah

Muzaffar berkata...

Kak Za : kenapa jadi mcm tu? kesian budak tu....

Noorgie : Patut kena simpan hadiah tu. Buat kenangan masa pencen nanti. hehehe. Hadiah yg saya terima tahun 98 masa di sekolah cina masih saya simpan ke hari ini...sentimental value...

NoorGie berkata...

saya pun sangat2 terkilan hadiah tu hilang...sedih sangat..tapi nak buat cemana kan...tinggal kenangan je lah