4.5.11

SK Sultan Ahmad Tajuddin di Buletin Utama TV3

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi warga SK Sultan Ahmad Tajuddin. Kedatangan rombongan dari Bosnia kami sambut dengan penuh rasa bangga. Walaupun penuh dengan protokol disebabkan kehadiran sebilangan besar pengurusan peringkat tertinggi dari Kementerian Pelajaran dan jabatan Pelajaran Kedah, kami masih mampu mencelah-celah untuk tidak ketinggalan menjadi sebahagian sejarah sekolah dan juga sejarah pendidikan negara kita. 

Pada hari ini termeterai perjanjian surat hasrat antara SK Sultan Ahmad Tajuddin dengan Sirajic School, Bosnia. Mengikut laporan Buletin Utama TV 3 malam ini, Sirajic School ini telah dibangunkan semula daripada kesan penjarahan Serbia dengan bantuan rakyat Malaysia yang pemurah. Walaupun 20 tahun telah berlalu, budi baik rakyat Malaysia masih segar di ingatan mereka.

Kedatangan mereka bersama delegasi dari Institut Aminuddin Baki cawangan Utara telah disambut dengan penuh adat istiadat Melayu kita. Kami sambut mereka dengan paluan caklempong. Tarian tradisional Melayu, Inang Renek, kami sembahkan untuk santapan mata mereka. Kecomelan anak-anak kami mempersembahkan "Action Song" telah berjaya meruntun hati mereka. Majlis kemudiannya diteruskan di Bilik Mesyuarat Melur untuk majlis menandatangani surat hasrat tersebut. Setelah selesai, delegasi tersebut dibawa meninjau persekitaran sekolah. Sebelum pulang, mereka kami jamu dengan sajian terbaik.


Guru Besar kami, En. K.Thachanamurthy bersama Pengarah Sirajic School

Tidak ketinggalan Puan Ashah Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan

Rentetan daripada persefahaman ini, akan datang pelbagai aktiviti bersama antara SK Sultan Ahmad Tajuddin dengan Sirajic School. Semua ini adalah hasil kecemerlangan semua pihak samada sekolah mahupun ibubapa/waris yang selama ini bertungkus lumus berganding bahu membangunkan pendidikan setempat sehingga ke tahap antarabangsa. Semoga usaha kami ini akan direstuiNya.

*Klik sini untuk lihat petikan Buletin Utama 4 Mei 2011

4 ulasan:

ima althafunnisa' berkata...

tahniah warga SK Sultan Ahmad Tajuddin...!! moga terus sukses..^^

MaizaC'Joe berkata...

Alhamdulillah.. tahniah kepada semua warga SK Sultan Ahmad Tajuddin.. moga terus berjaya!

Tan Sri Muzaffar berkata...

Ima dan Maiza : terima kasih banyak.

Nik Imana berkata...

hebatnyaa.....