2.6.11

Antara Muzaffar dan Ahmad Jais

Sehari dua ini dengan kesempatan yang terhidang oleh cuti panjang, saya menghabiskan masa di depan komputer riba ini dengan merayau-rayau mencari lagu-lagu klasik yang sememangnya menjadi siulan saya selama ini. Bayangkan mendengar Oslan Hussein dengan "Menimbang Rasa" dan M. Bakri dengan "Kenang Daku dalam Doamu" di beranda rumah tua bersama tiupan angin bendang, Tentu ada yang akan terbuai-buai. 




Dalam pencarian saya itu, saya terjumpa sedikit maklumat tentang Ahmad Jais, salah seorang penyanyi yang cukup saya minati. Suaranya begitu mencengkam perasaan.Siapa yang tak kenal dengan Ahmad Jais ? Penyanyi dari Singapura ini memang bersuara unik. Kebolehan Ahmad Jais menyampaikan lagu yang bernada tinggi memang tak dapat dinafikan .Antara lagunya yang begitu mengusik saya ialah lagu "Budi Setahun Segunung Intan duet bersama Kartina Dahari. Senikatanya saya catatkan di bawah :

Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik

Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang

Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang

Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan.

Perhatikan bagaimana cara orang dulu-dulu menghantar perasaan mereka. Penuh dengan kiasan dan usikan manja. Bukanlah seperti sekarang yang main hentam keromo.

3 ulasan:

Blues Riders berkata...

keindahan lagu2 dahulu terletak pada liriknya yg puitis dan membawa maksud yg mendalam. iramanya pun asyik didengar.

setiap lagu adalah cerita, dan cerita itu diluahkan dari dalam hati..

Muzaffar berkata...

Saya setuju sangat dengan BR. Lagu sekarang membingitkan telinga. Kepuitisannya hilang apabila bahasanya tunggang langgang. Lesen kreatif tidak digunakan sebaiknya untuk bermain dengan perkataan.

simanis berkata...

sungguh puitis kan bang?
syima suka lirik dia...