20.6.11

Durian? Uweekkkk...

Melewati deretan penjual buah durian di pasar malam sebentar tadi, hampir membuatkan saya termuntah. Sebenarnya saya tidak makan durian. Baunya sahaja membuatkan saya tidak senang duduk. Namun, saya terpaksa mengalah kepada durian. Semuanya kerana anak ketiga saya yang berusia 3 tahun seorang hantu durian. Dari kecil lagi saya tidak sukakan durian. Kalau terpaksa, barulah masuk ke dalam mulut saya. Setakat seulas dua boleh digagahkan lagi. 



Rupa-rupanya di sebalik baunya yang membuatkan saya meloya, ada cerita baik tentang raja buah ini. Sebelum ini, kita sedia mendengar bahawa durian tidak baik untuk penghidap penyakit darah tinggi. Sebenarnya, ada banyak khasiat tersembunyi di sebalik ulas buah durian. Dikatakan isi durian boleh dijadikan masker untuk rawatan kulit khusus untuk menghilangkan kedutan di muka. Juga diceritakan bahawa durian mampu meningkatkan tenaga batin. Betul ke?

Saya pernah mendengar cerita bagaimana seorang lelaki Cina mati akibat makan durian bersulamkan minuman keras. Mungkin dia tidak tahan panas durian dan minuman tersebut. Petua orang tua-tua untuk menghilangkan panas badan akibat durian cukup senang. Ambil pangsa durian dan masukkan air. Saki baki isi durian yang tertinggal itu digaul bersama air tadi. Minumlah air tersebut. Insyaallah menjadi. Saya tak pernah cuba. Namanya pun petua kan. Asal ilmu dari petua. 

Apapun, kepada hantu durian, sila abaikan cerita saya ini. Mungkin anda tidak setuju kalau saya katakan tiada apa yang sedapnya dengan buah durian ini. Jangan marah.

kredit : http://rilekslah.com/khasiat-buah-durian/

Tiada ulasan: