13.6.11

Pertunjukan Kemaluan Besar-Besaran

Atas nama kebebasan, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Kebebasan dan kesamarataan memungkinkan manusia bertukar menjadi haiwan. Tamadun Barat yang bertunjangkan akal semata rupa-rupanya semakin menuju ketololan. Akal waras manusia yang selama ini diagungkan sudah diletakkan sehingga di bawah telapak kaki. 

Berbogel sebagai tanda kebebasan - itulah manifestasi kemusnahan peradaban manusia. Lantas apa lagi yang tinggal sehingga kemaluan ditunjukkan seluas-luasnya. Kemaluan sudah menjadi suatu benda yang tidak perlu dimalukan lagi. Dilaporkan lebih 5000 orang berbogel di Sydney sebagai tanda kebebasan. 

Bayangkan betapa banyaknya kemaluan di sini.

Perhimpunan kemaluan yang dianjurkan oleh satu pertubuhan gay dan lesbian ini sebenarnya adalah sebagai tanda bahawa manusia sudah hilang malu. Berdoalah kita supaya pertunjukan kemaluan besar-besaran ini tidak berjangkit di Malaysia, bumi tercinta. Sila klik sini untuk cerita selanjutnya.

1 ulasan:

NoorGie berkata...

macam2 hal dalam dunia sekarang ni.manusia semakin mengarut dan hilang maruah diri