12.6.11

Terengganu Katok Kelantan

Kadang-kadang betullah kata orang, benda yang sudah nak masuk dalam mulut pun boleh terkeluar balik. Ini berkaitan dengan bola. Cerita kali ini berkaitan dengan perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dengan Kelantan. Seakan-akan Kelantan sudah hampir menjulang piala tersebut tetapi bola itu bulat. Apa-apa pun boleh berlaku walaupun masa sudah hampir ke penghujungnya. Saya di rumah menonton bersama anak-anak sudah berputus asa dan kecewa namun kami dikejutkan dengan jaringan pada minit-minit terakhir. 



Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Daudsu kerana jaringannya telah membantu menaikkan semula semangat pemain Terengganu. Mungkin selepas ini Terengganu harus memikirkan untuk membeli Daudsu sebagai pemain mereka. Apapun Terengganu memang layak menang dengan permainan yang konsisten sepanjang 90 minit pertama. 




Untuk pengurusan Kelantan, mereka harus fikirkan sesuatu yang lain untuk menjulang piala seterusnya. Saya cadangkan setiap pemain Kelantan diberi sebotol budu setiap seorang sebagai tonik penguat. Wajibkan mereka minum budu sebotol sehari. Ada kemungkinan mereka akan lebih bertenaga. Juga tidak lupa kepada penyokong Kelantan yang sopan, berlatihlah membaling mercun supaya lontaran anda akan tepat ke sasaran.

2 ulasan:

matahari berkata...

hheheheheh suke2 entry kali ni..semua negeri mengaharapkan terengganu menang..ini hasil dari kaji selidk yang sy sendiri..

Muzaffar berkata...

Apapun yang menang semalam adalah peminat.puas hati tengok mutu permainan kedua-dua pasukan.