21.8.11

Mari Minum Air Garam

Berita kematian seorang murid akibat keracunan makanan setelah memakan juadah yang dibeli di bazar Ramadhan beberapa minggu lalu meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap saya sekeluarga. Sebelum ini, kami akan ke bazar Ramadhan untuk mendapatkan makanan kegemaran anak saya iaitu roti John. Boleh dikatakan setiap hari kedua-dua anak saya yang berusia 7 dan 11 tahun itu akan meminta roti John sebagai hidangan sampingan pilihan mereka. Untuk melayan selera makan mereka, saya tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka berdua ke bazar Ramadhan. Namun, setelah berlakunya peristiwa itu, mereka berdua sendiri yang menghalang saya ke bazar Ramadhan.



Dalam Kosmo hari ini, Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Wendy Lim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati memilih makanan yang dibeli di luar. Beliau turut memberikan contoh makanan yang kurang bersih iaitu air tebu. Katanya lagi, selalunya batang tebu yang dilonggokkan itu akan terus diperah bersama-sama kulitnya untuk mendapatkan jus.Cuba bayangkan bagaimana ia dihidangkan dalam keadaan begitu sedangkan virus dan bakteria mudah merebak?

Siapa tahu entah berapa billion bakteria berkumpul di sini?


Sebagai langkah awal sekiranya berhadapan dengan simpton muntah-muntah dan cirit-birit, beliau turut menyarankan kita mengambil air bergaram untuk mengembalikan keseimbangan bendalir badan akibat terhidrat kerana  muntah dan cirit - birit. Caranya campurkan garam dan sedikit gula dalam air sejuk sebelum diminum.

Mungkin selepas ini kita boleh mengamalkan petua yang beliau berikan. Lebih baik  kalau kita tidak berkunjung ke bazar Ramadhan untuk mengelakkan berlakunya situasi tersebut. Lebih baik lagi kalau kita menyediakan sendiri juadah berbuka di rumah walaupun hanya sekadar telur goreng sahaja.

Klik di sini untuk mengetahui segalanya tentang dehidrasi.

2 ulasan:

simanis berkata...

haha...nasib baik saya suka makanan yang dimasak sendiri...dan saya tak gemar air tebu...terima kasih for the info...

Tanpa Nama berkata...

bagus kalau mcm tu....