9.8.11

Pemakaian Baju Melayu Asli



Kebelakangan ini, seringkali kita melihat pelbagai fesyen baju Melayu yang kontemporari fesyennya. Adakah baju itu benar-benar menepati ciri-ciri baju Melayu?
Dalam pencarian saya, pemakaian baju Melayu asli mempunya ciri-ciri tersendiri.Terdapat talibun (puisi lama terdiri daripada 4, 16, 20 baris dan bersajak diakhirnya) yang menggariskan tatacara pemakaian baju Melayu lengkap seperti berikut:
Yang disebut pakaian lengkap
Pertama memakai destar
Kedua bercekak musang
Ketiga berkain samping
Keempat berseluar labuh
Kelima berkeris
Keenam berselempang
Ketujuh bengkung berpending
Kedelapan berkasut kaki
Kesembilan berkambil sirih
Kesepuluh bergelang berdokoh
Kesebelas bercincin
Kedua belas bersapu tangan

Talibun di atas menggambarkan etika berpakaian yang lengkap bagi lelaki Melayu pada zaman tradisi. Keris menunjukkan betapa pentingnya ilmu beladiri (silat) kerana keris bukan sekadar lambang tetapi digunakan sebagai senjata apabila perlu. Jadi, baju Melayu adalah pakaian yang sesuai untuk bersilat malah baju Melayu tidak lengkap jika tidak berkeris atau senjata. Ia umpama persediaan yang tidak lengkap. 

Namun pemakaian adalah berbeza mengikut tempat yang dituju tetapi keris tetap dibawa. Sebagai contoh, jika hendak ke masjid, bengkung berpending, gelang, cincin dan sapu tangan tidak perlu dipakai malah keris dipakai secara tersembunyi.




Ciri-ciri ini sebenarnya tidaklah seharusnya kita patuhi satu persatu. Sesuaikan dengan peredaran masa. Kalau membawa keris pada zaman sekarang, alamatnya ke lokaplah kita. Cuma, selain daripada pemakaian keris, yang selainnya itu mungkin kita boleh gunakan sebagai menghargai keaslian baju Melayu

sumber dipetik daripada : http://www.silatmelayu.org

4 ulasan:

simanis berkata...

keris pun dah jarang jarang nampak di zaman ini. Kalau di tanya pada anak anak pun mungkin ada yang tak kenal...

Blues Riders berkata...

arwah ayah selalu berpesan, jika berbaju melayu mestilah lengkap sedondon. jangan kenakan dengan seluar slack atau jeans seperti orang sekarang. jika tidak, memadai hanya dengan berkain pelikat.

Muzaffar berkata...

si manis : sekarang ni kalau nak tengok keris kena pergi muzium...jarang dah orang simpan kat rumah.

Muzaffar berkata...

BR : berkain pelekat jalan paling selamat...sakit mata tgk berbaju melayu dgn seluaq jeans...