12.8.11

Mari Belajar Memakai Samping Songket

Sebelum ini saya pernah menulis tentang cara-cara untuk menyimpan songket dengan betul. Kali ini saya ingin berkongsi cara-cara memakai samping. Banyak lagi ikatan-ikatan kain samping yang belum pernah kita cuba. Dalam wikipedia ada dicatatkan jenis-jenis ikatan samping. Sila lihat di bawah : 

 Ikatan pancung
Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini "dipancung", iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah.

Ikatan pancung

Ikatan Kembung
Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai oleh mempelai laki-laki dalam acara pernikahan adat Melayu. Kata "kembung" berasal dari kesan menggembung saat memakai ikatan ini. Kain sarung ditarik ke bahagian tengah atau tepi badan untuk kemudian diikat dan disimpul dalam berbagai macam cara agar melekat di pinggang.

Ikatan Kembung

Ikatan Lingkup
Ini adalah cara memakai kain samping yang paling sering dipakai orang. Kain sarung digulung ke atas dan dilingkup ke bahagian depan atau bahagian samping. Mirip dengan cara memakai sarung untuk keperluan sehari-hari.


Ikatan lingkup
 
sumber : http://www.asiafinest.com/forum/lofiversion/index.php/t57386.html

4 ulasan:

natrah ismail berkata...

cikgu cuba buat entri pasal pemakaian kain batik. setiap cara pemakaian tu ada maksud tersendiri sebab salah sorang cikgu sekolah saya pernah cerita pasal ni.sangat menarik, tertarik, kau memang da bo0m!heehe

simanis berkata...

ikatan kembung biasanya dipakai pengantin dalam perkahwinan kerana kemas dan senang dikilas...

ikatan pancung juga biasa dipakai penari lelaki ketika persembahan...lapang dan luas di depan utk melangkah lebar...

ikatan lingkup utk dipakai pada hri raya sebab senang dipakai sendiri sebab isteri2 sibuk di dapur kahkahakah!

Muzaffar berkata...

Nat : nanti ckg usahakan...betul. setiap cara pemakaiannya ada makna tertentu. cuba tanya Azah Aziz, isteri Ungku Aziz. Mungkin dia ada jawapannya.

Muzaffar berkata...

si manis : ikatan lingkup tak sesuai untuk si boroi sebab nanti ikatan menjadi longgar dan meleweh. kadang2 isteri kena bantu jugak....hehe.