13.9.11

Ada Apa Dengan Pengikut Blog ?

Pengikut blog saya tidak ramai. Tidak mencecah angka seratus pun. Hanya 73 orang. Saya tidak mengharapkan jumlah pembaca atau pengikut mencecah ratus-ratus, ribu-ribu atau juta-juta. Tidak pernah saya memikirkan tentang pengikut. Ramai atau sedikit bukan keutamaan. Apabila melihat blog lain yang mempunyai pengikut ribu-ribu, hati saya tertanya-tanya pentingkah pengikut ribu-ribu? 



Semuanya bergantung kepada niat kita menulis. Ada yang ingin mencari keuntungan ekonomi. Mungkin ada yang hanya mahukan populariti maklumlah sekarang ini penulis blog terkenal dilayan seumpama selebriti. Mungkin saya agak ketinggalan. Tidak mengapa. Saya menulis di blog hanya kerana ini sahaja ruang yang saya ada untuk mengembangkan bakat menulis (sekiranya ada) di samping menyebarluas pemikiran dan pendapat saya. Itu sahaja. 

Kita tidak boleh memaksa pembaca menyetujui pendapat kita. Kita menulis berdasarkan ilmu dan pengalaman. Bukan mengikut hawa kosong semata-mata. Ini kerana kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita tulis. Pada kita, mungkin tulisan kita tidaklah begitu bermakna  tetapi bagi pembaca mungkin ia membawa makna yang cukup besar. Jadi, seharusnya kita sedar akan tanggungjawab kita sebagai penulis walaupun hanya penulis blog picisan seperti saya.

Berbalik kepada cerita pengikut tadi. Saya percaya bahawa tidak semua pengikut kita ikhlas untuk menelusuri tulisan-tulisan kita. Mungkin mereka hanya mengharapkan kita membalas balik "jasa" mereka sebagai pengikut kita. 

Dalam hal ini, saya yakin bahawa kesemua 73 orang pengikut saya hingga ke hari ini setia membaca tulisan-tulisan saya. Mereka mungkin tidak berkesempatan mengulas tulisan saya. Cuma yang pasti Puan Syima empunya blog Si Manis begitu rajin mengulas tulisan saya. Terima kasih. Saya sama sekali tidak pernah mengharapkan tulisan saya diulas. Keberuntungan cuma apabila saya berpeluang berinteraksi dengan mereka yang mengulas. Itu amat-amat saya hargai.

Pada saya kualiti mungkin lebih bererti daripada kuantiti. Mungkin ya mungkin tidak. Kepada 73 pengikut saya, terima kasih saya ucapkan.

4 ulasan:

simanis berkata...

Salam abang senior...

Pengikut/Followers tidak penting bagi sesebuah blog. Yang penting ialah trafic nya. Kalau kencang trafik, kencang pengunjung dan ramai yang membawa RM ke poket kita...

Bagi saya, saya hanya mementingkan kepuasan menulis dan saya menukar kepada platform WordPress kerana saya mahu menghargai tulisan saya sendiri...

Saya tidak sama sekali mengharapkan RM atau menjadi orang terkenal. Saya cuma ingin membalas dendam setiap kali menulis. Niat menulis saya sangat telus dan murni...

Muzaffar berkata...

Entri ini ditulis sebagai membalas balik kutukan seorang blogger yang memperlekeh-lekehkan tulisan saya dengan membandingkan bilangan pengikutnya dengan pengikut blog saya.

Saya bersetuju dengan si manis bahawa kepuasan menulis yang kita cari. Pertama kali berjumpa dengan orang yang menulis untuk membalas dendam.


Terima kasih atas pandangan yang saya kira boleh membuka mata saya.

akuzle berkata...

kalo punya pengikut juta2, mampukah kita setia pd depa semua? mampukah juga kita follow depa blk? sungguh angkuh si pembanding itu. pemikiran cetek...

aQuw BHa berkata...

:) jangan sedih ..walaupun kita xdapat ramai kawan dalam blogger nie tapi kita ada ramai kawan kat luar.......... tak semestinya banyak pengikut akan buat kita hepi.......