10.9.11

Ada Apa Dengan Rumah Terbuka?




Istilah rumah terbuka  menjadi amat sinonim kepada seluruh lapisan masyarakat. Dalam majlis sebegini kita dapat memperkenalkan dan mengetengahkan pelbagai jenis makanan dan juadah, sekaligus masyarakat dapat berkongsi budaya dan adat masing-masing.


Saya juga tidak terkecuali mendapat undangan untuk menghadiri majlis rumah terbuka petang ini. Dua lokasi akan menjadi sasaran kami sekeluarga petang ini. Satu di rumah jiran berdepan dengan rumah kami dan satu lagi di rumah sahabat lama semasa belajar di MPRM.

Saya amat menghargai jemputan ini namun satu persoalan  berlegar di fikiran. Apakah rumah terbuka ini satu keperluan sebagai salah satu cara menyambut perayaan? Saya berfikiran bahawa rumah terbuka ini bukanlah budaya asal masyarakat Melayu secara temurunnya. Sebelum awal tahun 90-an, kita tidak pernah mendengar istilah ini. Sepanjang menyambut Aidilfitri misalnya, kita akan ke rumah saudara mara sahabat handai tanpa menunggu jemputan. Amalan kunjung-mengunjung tidak hanya dengan jemputan semata-mata. Kita bebas untuk berkunjung bila-bila masa yang difikirkan sesuai. Namun hari ini, kita seakan-akan menunggu jemputan dari tuan rumah. Menjadi sedikit kejanggalan kalau ke rumah mereka tanpa diundang. Betulkah begitu? Mungkin ini hanya pandangan sempit saya sahaja.

Tiada ulasan: