11.9.11

Cerita Tentang Perempuan

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Anak perempuan tunggal saya sudah semakin membesar. Sudah 9 bulan usianya. Memikirkan masa depan seorang anak perempuan rupanya lebih sukar berbanding memikirkan masa depan seorang anak lelaki. Saya ada tiga anak lelaki. Masa depan mereka bergantung kepada usaha mereka sendiri. Selebihnya usaha ibubapanya. Namun, bagi anak perempuan, mereka akan bergantung kepada ibubapa sehingga mereka bergelar isteri. 

Melihat suasana semasa, saya tidak tahu bagaimana rupa bentuk cabaran yang bakal dihadapi oleh anak perempuan saya 20 tahun akan datang. Dengan asakan pelbagai gejala sosial yang saban hari semakin mencengkam jiwa seorang bapa, saya berasa khuatir andai saya tidak memberi didikan agama secukupnya. 


 Perempuan pada dasarnya mengalami kesukaran berikut : 

1.Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2.Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3.Saksinya kurang berbanding lelaki.
4.Menerima pusaka kurang dari lelaki.
5.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
7.Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Namun sebenarnya, Allah amat menyayangi seorang perempuan. Mereka boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :

1. Sembahyang 5 waktu
2. Puasa di bulan Ramadhan
3. Taat kepada suaminya
4. Menjaga kehormatannya
Seorang lelaki pula perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita!

2 ulasan:

simanis berkata...

Tak susah menjaga aurat wanita bang...ikut segala aturan, semua jadi mudah...Kadang kala sedih melihat jiran jiran menyidai pakaian di jemuran, tidak bertudung...mereka hanya bertudung bila keluar bekerja dan ke bandar...

apa tujuan bertudung sebenarnya? menutup aurat bukan? ramai wanita tak faham erti menutup aurat...panjang kalau nak di bahas...hehehe

Muzaffar berkata...

Si manis : saya setuju. susah senang bergantung kepada tuan empunya diri. Islam tidak pernah menyusahkan.