28.9.11

Copy Paste

Pak Abu mendengar ceramah motivasi dari seorang motivator terkenal di Malaysia.
“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”kata motivator tersebut.
Penonton terdiam dan terkesima.
Kemudian dia menyambung lagi.
“Dia ialah ibu saya!”
Penonton semua bertepuk dan memuji-muji motivator tersebut.

Balik rumah, Pak Abu cuba meniru teknik motivator tadi kepada isterinya.
“Pengalaman paling hebat saya ialah tidur di pangkuan perempuan yang bukannya isteri saya.!”
Belum sempat Pak Abu menyambung, isterinya dah melenting.
“Apa? Berani awak buat begitu ?!!!”
Pak Abu terkejut dengan jerkahan isterinya, sehingga dia terlupa sambungan ayat tersebut.
“Siapa!?” jerit isterinya lagi
Pak Abu menggigil ketakutan.
“Siapa!?” jerit isterinya lagi sehingga Pak Abu menjawab…
“Ntah lupa la..!”

Moral : Jangan copy kalau tak pandai paste....

6 ulasan:

simanis berkata...

kahkahkah! kesian Pak Abu dapat bini garang kehkehkeh!

Nik Ahmad Rizal berkata...

terbaik bro! biar kawe copy paste cerita ni ngan wife....gempak punya...hehehh

Muzaffar berkata...

Si manis : bukan Pak Abu takut bini, cuma bini Pak Abu yang tak takut pada Pak Abu.....hehe

Muzaffar berkata...

Tuan Nik : nak copy boleh cuma...jangan lupa paste betul2....hahha.

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

wakakaka..kantoi bodo je tak pasal2..ekekeke

akuzle berkata...

kuikuikuikui... mmg sungguh apo yg dikato.