6.9.11

Guru Belasah Waris ?

Kali ini saya ingin mencatat sesuatu berkaitan dengan karier saya sebagai guru. Peristiwa  yang berlaku di sekolah saya dua tiga hari ini benar-benar membuatkan saya berasa amat marah dan kecewa. Walaupun peristiwa itu tidak terkena pada saya namun kesannya amat dirasakan. Isu waris datang menyerang guru di sekolah bukanlah perkara baru.

"Kalau anak aku mati, cikgu pun mati. Kita jumpa di luar".

Itu antara ayat-ayat yang saya dengar daripada mulut waris tersebut. Isunya bukanlah besar mana pun. Sahabat saya dikatakan mengetuk kepala anak muridnya. Beliau bukanlah jenis ringan tangan. Cuma nasibnya tidak baik. Dia hanya mengacukan pembaris pendek 15 sentimeter ke arah kepala anak muridnya. Sampai di rumah, lain ceritanya.

"Aku pantang kalau orang buat kat kepala anak aku"

Penyelesaiannya dibuat di luar kawasan sekolah. Buku bertemu dengan ruas. Dengar ceritanya, waris itu telah diberi amaran keras supaya tidak datang membuat kacau ganggu di sekolah kami lagi oleh salah seorang waris lain yang agak dikenali di sekitar kawasan sekolah kami. Mungkin itu penyelesaiannya untuk orang yang kepala masam macam waris tersebut. Sehingga ke hari ini, kami guru-guru lelaki menunggu kedatangan waris tersebut untuk membuat perhitungan. Kami sepakat untuk membuat sesuatu supaya waris itu sedar diri. Mungkin terpampang dalam Harian Metro tajuk sebegini :

"Sekumpulan guru belasah waris"

Mungkin itu jalan terakhir. Dipercayai waris tersebut berada dalam pengaruh ganja semasa dia datang membuat kacau di sekolah. Kami masih menunggu kedatangannya lagi.

1 ulasan:

simanis berkata...

melampau mcm tu...saya dengar pun geram! budak2 sekarang memang pandai pusing cerita...dulu kat sekolah lama, dia terhantuk bucu meja di dahi, dia kata cikgu pukul dengan pembaris besi...mak mane tak mengamuk bila dengar kan???