27.9.11

Mari Merungut

Hari ini berapa kali anda merungut? 
Sekali? 
Dua kali?
Tiga kali? 
Tak habis-habis merungut. 
Ada saja yang dirungutkan. 
Ada saja yang tidak kena.

Banyak betul ya. 
Orang itu salah. 
Orang ini tak betul. 
Dia tidak adil. 


Habis,
kalau tidak merungut, saya hendak buat apa? 
Takkan nak biarkan begitu sahaja?

Mesej saya dalam hal ini :
Jangan berkawan dengan orang yang suka merungut.
Berkawan dengan orang kuat merungut membuat kita juga mudah merungut. 

Sudahlah,
tak payah merungut lagi.

Tengok saya...tak merungut pun.

2 ulasan:

simanis berkata...

Saya tak suka merungut...
Perempuan bila nak marah dan merungut akan menghasilkan bebelan yang menyakitkan hati dan telinga...

Oleh itu, saya lebih suka diam...Kerana diam itu SABAR...

Nik Ahmad Rizal berkata...

warna warni kehidupan bro! Saya suka teh tarik kurang manis, mungkin org lain suka nescafe tarik, dan mcm2 lagi...