23.9.11

Meraikan Kasih Sayang

Biar gambar bercerita terlebih dahulu.












Rentetan gambar-gambar di atas sudah pasti akan menjadi kenangan abadi buat diri saya sekeluarga. Kedatangan anak-anak didik dari Universiti Utara Malaysia ini membawa kegembiraan buat saya sekeluarga. Petang tadi mereka beramai-ramai menyerbu kediaman saya untuk satu majlis yang dipanggil jamuan raya. Walau apapun nama majlisnya, ia tidak dapat menghantar maksud yang amat jelas. Maksudnya cuma satu ; kasih sayang. Mungkin ia tidak sehebat mana namun pada saya ia amat bererti. 

Di Jitra ini saya sebenarnya tiada keluarga lain kecuali keluarga kecil sebelah isteri saya. Saya juga ada keluarga angkat (mungkin saya ceritakan lain kali). Saya jenis manusia yang suka meraikan kasih sayang. Berkumpul bersama mereka mengingatkan saya kepada keluarga besar saya yang saya tinggalkan di Terengganu. Kepada mereka, hanya terima kasih mampu saya ungkapkan kerana menyegarkan kerinduan saya kepada keluarga besar saya di Terengganu. Maknanya mereka juga keluarga saya. 

Adat berkeluarga, susah senang dikongsi bersama. Buat mereka, sekiranya membaca coretan ini, saya sentiasa ada di sini sebagai ahli keluarga buat membantu di masa kesusahan. Jadilah kamu seperti adik-adik saya yang sentiasa mendengar cakap abangnya.

Mungkin coretan ini terlalu peribadi bunyinya. Saya cuma ingin berkongsi idea bahawa meraikan kasih sayang bukanlah kerja yang susah sangat.

7 ulasan:

Aisyah Shukor berkata...

Terharunya dengan rentetan cikgu..terima kasih juga kpd cikgu dan keluarga kerana sudi menerima kedatangan kami, kami amat gembira dapat pergi ke rumah cikgu, sebab selama ini, kami hanya mengenali cikgu ketika di kelas sahaja..tapi hari ini, kami dah dapat mengenali semua ahli keluarga cikgu...kenangan raya tahun ini, tidak mungkin kami lupakan...

simanis berkata...

Adeii...terkesan nya entry kali ni...

saya x punya keluarga besar...lepas seorang, seorang dipanggil balik ke syurga...sedih rasanya...

saya nak jadi adik yang baik...hukhukhuk!

iesya zuhada berkata...

salam..alamak..termenangis plak bace entri cikgu kali ni..ape2 pown terima kasih atas segalanya cikgu..
bila perhubungan yang telah bermula, ia xkn putus sampai bila2 hingga hujung nyawa..:)

p/s: love dis moment forever

natrah ismail berkata...

sedihnya tak dapat meraikan sekali..maaf sangat sangat sebab saya ada urusan biasiswa dengan pejabat agama pulau pinang hari jumaat tu..memang tak dapat elak..cikgu jangan lupa wat lagi hari raya haji ni..nak ikuttt!!!!!!!!huwakk

Muzaffar berkata...

Natrah : tak apa. Datanglah lain kali. Bawa teman sama. Cikgu tunggu.

Iesya : insyaallah perhubungan kasih sayang ini tidak akn putus sampai bila-bila.

Si manis : begitulah adat orang bangsat di tempat orang. Mengharap kasih pada yang sudi berkongsi.

Aisyah : kita semua ada kenangan. Pili-pilihlah kenangan yang manis-manis sahaja untuk dikenang. Jemput datang lagi ya.

Blues Riders berkata...

meraikan kasih sayang bukanlah kerja yang susah, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang memutuskan silaturrahim? amat sedih sekali...

Muzaffar berkata...

BR : Sabda Rasulullah S.A.W.

“Janganlah kamu memutuskan sillaturahim, jangan kamu berpaling membelakangi, jangan kamu benci membenci, jangan kamu hasad dengki, jadilah kamu hamba- hamba yang bersaudara. Tidak harus seorang muslim itu tidak bertegur dengan saudaranya melebihi tiga hari”.

Sedih jika sillaturahim putus tak bersambung.