5.10.11

Mari Belajar Memakai Batik Sarung


Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Saya mulakan tulisan saya dengan serangkap pantun. Mungkin ada yang pernah mendengar pantun ini. Dua isu di sini yang ingin saya sentuh. Tentunya isu ini berkaitan dengan wanita zaman sekarang.
Pertama, berkaitan kain batik. Di rumah, kain batik tentu sahaja menjadi pakaian paling popular sebagai basahan seharian terutama di hujung minggu. Berdasarkan pemerhatian saya, anak-anak gadis sekarang sudah jarang yang mahu berkain batik. Kalau ada pun tentu dipaksa oleh ibu mereka. Mungkin ada yang tidak tahu bagaimana mahu memakai kain batik sarung. Bagaimana mahu mengikat kain batik sarung?

"Pertamanya, kenalpasti di mana kepala kain. 
Yang mana kepala dan yang mana ekor ya? 
Camkan di mana bahagian bunganya. 
Dahan atau rantingnya di bawah, bunganya tentu di atas.

Kedua, pastikan bahagian jahitannya berada di bahagian dalam.

Seterusnya sarungkan dari bahagian kepala dahulu. 
Tentu ada sebabnya kan. Fikirkan sendiri. 

Sudah disarung, tarik sedikit kain ke bahagian atas supaya 
lebihan kainnya tidak terjulur keluar. Tangan sebelah kiri menahan lebihan kain tadi."

Susah juga nak cerita ya. Apa kata kalau kita lihat gambar-gambar yang berkaitan untuk menambah pemahaman kita.

Langkah 1

Langkah 2
Langkah 3
Akhirnya...siap.

Gambar-gambar ini saya petik daripada blog daramanisku88.blogspot.com/. Tidaklah sesusah manapun.

Isu yang kedua ialah berkaitan sambal belacan. Mungkin isu ini saya ketengahkan dalam edisi lain.

1 ulasan:

simanis berkata...

haha...kemas entry ni...berbekas di hati adeii...

saya tidak gemar berkain batik di rumah...walaupun saya tahu cara pemakaiannya.

bagi saya, berseluar adelah lebih langas bila kita berada di rumah. senang untuk buat kerja2 memanjat mcm bersihkan kipas siling. lg satu, tak perlu nak kejap kejap membetulkan/mengemaskan ikatan di pinggang...

berkain batik, walaupun sopan tetapi jika ikatannya tak kemas, terlondeh depan orang gimana ya? hehehe...