2.10.11

Apabila Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu Inggeris




Saya terbaca di dalam suratkhabar perdana hari ini berkaitan kritikan peminat apabila Dato" Siti Nurhaliza merakamkan album Bahasa Inggerisnya. Banyak juga komen-komen atau lebih tepat lagi kutukan dihamburkan kepada Dato' Siti. Semua komen tersebut berbaur dengan kutukan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Ada peminat yang menuduh Dato' Siti tidak faham Bahasa Inggeris. Ada juga yang mempersoalkan sebutan Bahasa Inggeris Dato' Siti kononnya berbau Bahasa Melayu.

Biasa dengar nyanyian Sean Kingston, Beautiful Girl? Adakah sebutannya betul-betul mengikut sebutan Bahasa Inggeris peringkat maha dewa? Atau adakah anda biasa mendengar lagu-lagu Bob Marley? Sekali lagi saya ingin bertanya, adakah sebutan Bahasa Inggerisnya betul-betul mencapai tahap Bahasa Inggeris yang digunakan oleh bangsawan Inggeris?

Itulah namanya "accent" ataupun loghat. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai loghatnya tersendiri. Mereka juga mampu pergi jauh dengan loghat mereka sendiri. Tidak usah pergi jauh-jauh. Cuba bercakap dengan orang India dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana loghat mereka? Mengapa bila orang Melayu bertutur di dalam Bahasa Inggeris, mereka selalu dipersendakan?

Saya bukanlah peminat tegar Dato'Siti, cuma kadang-kadang kita perlu menghargai usaha seseorang yang ingin maju ke tahap seterusnya. Mungkin sahabat blogger saya, Si Manis sebagai guru Bahasa Inggeris boleh mengupas isu ini untuk saya fahami dengan lebih mendalam.

11 ulasan:

simanis berkata...

Late reply abang...i am down with a very high fever...

The accent of English speakers normally shows a great variation across the area where English is spoken as the first language as well as their mother tongue.

Biasanya, di dalam accent ini kita akan jumpa, pronunciation, vocabulary dan grammar. Ini adelah asas dalam accent.

Jika English bukan bahasa pertama mereka, maka seseorang itu perlu menitik beratkan intonation and phonemic as to avoid the interference of their mother tongue.

Terdapat juga perbezaan antara British English dan American English. Dari segi ejaan, kita yang menggunakan British English akan menggunakan COLOUR untuk warna, sedangkan American English mengeja sebagai COLOR.

Lagi contoh, sebutan atau pronunciatan. Untuk British kita biasa menyebut PEARL. Untuk American English mungkin kedengaran seperti PETAL (kerana mereka meng-silentkan T).

Maaf Abang, komen terpanjang dan bercampur campur bahasanya...Susah sedikit saya nak terangkan dalam bahasa melayu sepenuhnya, dan risau abang tak faham jika ditulis dalam bahasa inggeris sepenuhnya...

Muzaffar berkata...

Terima kasih atas penerangan yang panjang lebar.

hani@debumelukut berkata...

masing masing pandangan lah kann..tapi sebenarnya nak mengutuk tu lebih senang dari memberi sokongan moral...

sharul izam berkata...

like ur statemnt...:)

Cik Ton berkata...

betul kata muzaffar, sepatutnya kita sokong apabila orang nak maju setapak lagi, dengan memberi kata perangsang, supaya orang itu akan buat dengan lebih baik lagi untuk masa hadapan.

Blues Riders berkata...

kumpulan rock scorpions pun berasal dari jerman. sebutannya pun kurang jelas dan tidaklah keinggerisan sangat kerana telah di lindungi oleh genre muzik rock yg dibawa. tetapi mereka boleh diterima di seluruh dunia...

kepada dato' siti, syabas krn berani mencuba. BR suka lagu "Pandang Pandang Jeling Jeling".. hehe..

Muzaffar berkata...

Hani : kerja mengutuk bukannya susah mana pun. Buka mulut. Gulung lidah. Sembur air liur jadilah kutukan. Yang dikutuk pedih nak menanggungnya.

Muzaffar berkata...

Cik Ton : sokongan penting kerana apa yang Dato' Siti buat itu bukankah satu usaha yang besar?

Muzaffar berkata...

BR : Saya suka Scorpions walaupun pelat Inggerisnya berbaur dengan Jerman.

Nururu berkata...

first time dgr lagu Siti tu.. OKlah tu. Orait gak dgr die nyanyi matsalleh..

NoorGie berkata...

bagi saya usaha siti sesuatu yang boleh dibanggakan...setidak-tidaknya dia berusaha untuk menjadi yang lebih baik....