10.10.11

Di Mana Sastera?

Tulisan saya kali ini agak sedikit serius. Mungkin juga agak membosankan. Saya ingin menulis suatu hal yang menjadi kecanduan saya iaitu sastera.

Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan mengapa pelajaran kesusasteraan dianggap kurang penting. Ada pendapat mengatakan, mata pelajaran kesusasteraan hanya diambil oleh pelajar lemah. Di samping itu, pelajaran kesusasteraan tidak ada nilai ekonomi sehingga menyebabkan pelajar kurang meminatinya, dan juga masyarakat menganggap pelajaran kesusasteraan tidak penting dalam kehidupan masa depan. 

Sebenarnya kita harus mengakui bahawa  kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina pemikiran dan sahsiah manusia kerana dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-unsur mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi.  

Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati yang tajam lagi kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna. Saya amat memahami bahawa hambatan dunia sekarang telah meninggalkan sastera jauh di belakang sains dan teknologi.

Harus diingat bahawa peranan sastera bukanlah kecil. Dengan hasil sastera Raja Ali Haji berjaya menurunkan seorang raja dari takhtanya. Namun saya tidak berkecil hati seandainya ada pihak yang memandang enteng akan kepentingan sastera kerana saaya tahu zaman sekarang bukan lagi zaman sastera. Sekarang adalah zaman muka buku.

1 ulasan:

simanis berkata...

susah gile sastera...belit belit dan berbunga bunga...heheheh...