29.10.11

Final Piala Malaysia 2011 : Terengganu Dok Rok Cetong Boh

Malam ni ambe nok beleber sikitlah pasal bola Piala Malaysia. Ganung lawang Negeri Sembilang. Mula-mula ambe tengok jugokla sikit-sikit, temang anok ambe nok tengok. Ambe rase doh dari awal-awal lagi Teganung nok kaloh. Ambe tengok hok jage gol tu amende name dok tau la maing macang orang dok rok je. Ambe pung kalih ke lain. Tak mboh tengok lah orang maing bola serupa orang dok rok ye. 

Tengok-tengok, Teganung kaloh. Ambe kate doh tadi. Nok wak guane okk, bola kang bulak. Tendang-tendang gi mari-gi mari masuk dalang gol jugok. Tahniahlah orang Negeri Sembilang. Puok-puok mung memang kelah bohh...

Terjemahannya :

"Malam ini saya ingin bercerita sedikit tentang bola sepak. Perlawanan akhir antara Terengganu dengan Negeri Sembilan. Mula-mula saya pun turut menyaksikan perlawanan tersebut, bukan apa, temankan anak. Saya sudah dapat mengagak dari awal bahawa Terengganu akan kalah. Saya lihat penjaga golnya bermain seolah-olah orang yang kepenatan.


Terengganu akhirnya kalah. Saya dah kata tadi kan tetapi apa boleh buat. Bola itu bulat. Tendang ke sana ke sini akhirnya masuk juga ke dalam gol. Tahniah kepada orang Negeri Sembilan. Anda semua memang hebat."


Sharbinee Alawee - penjaga gol dok rok cetong!


3 ulasan:

Blues Riders berkata...

hanya 2 pasukan 'terbaik' shj yg akan layak ke final. BR mmg mengikutinya dr awal hingga ke tiupan wisel terakhir. itulah wajah sebenar mutu permainan bola sepak kita..

masih ada pemain yg menyepak angin, penjaga gol yg di'sarkas'kan oleh bola, berkerumun di hadapan pintu gol yg tiada penyudahnya, gaya rembatan yg sungguh cantik tp bolanya entah ke mana2. tidak lupa juga kpd pengulas yg mengulas seolah2 penonton sdg mendengar radio di tahun 1970-an.

setiap permainan mesti ada kalah dan menang. tahniah utuk pasukan negeri sembilan, kpd pasukan terengganu, mungkin nasib tidak menyebelahi mereka..

simanis berkata...

i didn't watch...hehehe...x minat....

akuzle ayu berkata...

saba deh, saba...