18.10.11

Kentucky Fried Chicken atau Kedah Fried Chicken?

Hari ini saya ingin bercerita tentang makanan. Anak-anak saya memang sangat sukakan ayam goreng. Kalau boleh setiap hari mahu makan ayam goreng. Kebetulan berhampiran dengan rumah saya, ada gerai menjual ayam goreng. Nama ayam goreng ini KFC...bukan Kentucky Fried Chicken tetapi Kedah Fried Chicken. Memang rasanya hampir-hampir sama dengan rasa Kentucky Fried Chicken.

Daripada risikan saya, sememangnya penjual ayam goreng ini pernah bekerja dengan Kentucky Fried Chicken. Bau dan rasa ayam gorengnya memang betul-betul 100 % sama dengan ayam Kentucky. Saya cuba-cuba bertanya apa resepinya. Dia hanya tersengih-sengih. Saya faham mana mungkin dia mahu mendedahkan resepi rahsianya. 

Dengan tidak membuang masa, saya bergegas balik ke rumah dan mencari maklumat berkaitan resepi ayam goreng sedap. Saya terjumpa resepi ini di My Resepi. Agak lain sedikit kerana ada minyak bijan. Begini resepinya.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk lada putih
  • 1 kotak tepung goreng kentucky
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.
  2. Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.
  3. Perapkan lebih kurang 30 minit.
  4. Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung kentucky.
  5. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi.
  6. Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Selamat mencuba! 
Saya juga terjumpa satu komen daripada pengunjung My Resepi yang mungkin boleh kita jadikan panduan dalam menyediakan ayam goreng. Sila abaikan kesalahan tatabahasa dan ejaannya.


re07-03-2010, jajayusof komen :
k share ape yg i blaja mase keje kfc..ayam 2 perap lu dlm 15 minit ngan rempahnya..klu kt umh i perap ngn serbuk lada n a bit of salt..xpakai telur time golek kt flour,but wt 2kali..golek kt flour,thencelup aym bsalut flour lam air,tos,,n golek kt flour skali lg..then goreng..time golek 2 kna pstikn aym tul2 bsalut tepung..kfc punye flour 2 da mix ngn rempah..tp kn bley le bijakkn diri mix rempah sdiri..msti jd..thanx

5 ulasan:

pencinta ilmu berkata...

yum,yum...kena test resepi ni. tapi tak laku plak KFC ( KFC sebenar eh ) kat depan rumah saya nanti :)

Bung Muzaffar berkata...

Saya dah jumpa resepi KFC sebenar. Saya dah buat link pada FB saya. Cari saya : http://www.facebook.com/bung.muzaffar

simanis berkata...

amboi...dah beresepi pulak abang ye...
thanks for sharing...nnt saya pun nak try...

norinaomar berkata...

bolehlah try resepi ni,macam best aje

siti aida berkata...

wahhh...mesti sedap kan. nak try la balik keje ni..yum yum.. :)