12.10.11

Lelaki Bernafsu Perempuan Bertudung

Saya perhatikan sekarang ini semakin ramai perempuan bertudung. 

Alhamdulillah. 

Tudung pun datang dalam beraneka fesyen. Ada yang berlilit-lilit. Ada yang bergulung-gulung. Ada yang bergantung-gantung. 

Ada pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. 

Ada yang pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. 

Ada yang pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. 

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. 

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat.

Macam-macam ragam.
Saya ingin berkongsi sesuatu berkenaan nafsu lelaki. Satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa  jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.Itu normal. 

Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga diri masing- masing.

Lelaki jaga nafsu.
Perempuan jaga aurat.

4 ulasan:

simanis berkata...

Seumur hidup, saya belum pernah menyingkap tudung ketika berfesyen...

Seumur hidup, saya belum pernah berkebaya ketat...

Seumur hidup, saya belum pernah mempamerkan aurat hatta kepada jiran2 sekalipun...

Mudah mudahan tiada siapa yang terangsang hehe...

takut!

Ujie berkata...

prmpuan..lembutkan hati, terimalah teguran.
lelaki..tegur & didiklah adik, kakak, ibu, isteri anda!

Muzaffar berkata...

Simanis : alhamdulillah...semoga Allah akan terus melindungi kamu.

Muzaffar berkata...

Ujie : dua-dua jantina (jantan dan betina) ada tanggungjawab tersendiri.