19.10.11

Jom Ikut Saya Bermain Kayu Tiga

Di sini ingin sekali saya kongsikan cara-cara untuk menjadi curang. Kita buat reverse psychology pula sebab biasanya benda yang dilarang itulah yang ramai mahu mencubanya. Saya sama sekali tidak bertanggungjawab sekiranya tips yang saya kongsikan ini memberi musibah kepada anda.

"seperti dunia ana yang ampunya..."

Pertama sekali bila balik lambat, jangan kata ada mesyuarat ke atau kerja lebih masa. Beritahu isteri kata anda ada skandal, keluar dengan teman wanita. Saya pasti mesti dia ingat anda bergurau dan tak akan bertanya lagi.

Sila gunakan panggilan sayang ke, anje ke atau sebagainya untuk memanggil isteri dan wanita kedua. Ini untuk mengelakkan tembelang anda pecah jika anda mengigau atau sedang mamai.

Ketiga, sediakan satu lipstik dalam poket anda setiap masa kerana, jika ada kesan lipstik pada baju anda, anda terus hulurkan lipstik yang anda simpan dan cakap 'Tadi abang pergi "shopping complex", suruh tester die test tengok sesuai ke tidak, tapi entah camne, tester tu jatuh atas baju abang.' (peringatan: pastikan warna gincu itu sama atau hampir sama dengan kesan di baju anda)

Akhir sekali pakai misai dan rambut palsu setiap kali anda keluar ketika bersama mata air anda. Tujuannya, jika anda bertembung isteri anda, kemungkinan besar (99.99%) isteri anda gagal mengecam anda.


Jadi, bagaimana? Berani. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pun tak berani. Bukan takut bini cuma bini yang tak takutkan saya. Anggaplah tips-tips ini sebagai bahan gurauan sahaja. Sayangi rumah tangga kita. Kalau teringin bermain kayu tiga ke empat ke, cuba renung ke dalam mata anak-anak. Lihat dalam-dalam. Ada sesuatu di dalamnya yang membuatkan anda menghentikan niat buruk anda itu.

2 ulasan:

simanis berkata...

Kahkahkah! Bini tak takut kan saya...hahahaha...Kelakar juga abang ni...

Bung Muzaffar berkata...

takut? oh...tidak....kurang berani saja.